Pengarah Final Fantasy XV Berminat Menghasilkan Versi PC
Final Fantasy XV yang akhirnya dijual tahun lalu menamatkan penantian sepuluh tahun peminat siri ini yang memiliki PlayStation 4 dan Xbox One. Secara keseluruhan ia mendapat sambutan yang menggalakkan kerana kualiti grafik yang permainan yang menakjubkan. Bagi pengguna PC, pengarah FF XV Hajime Tabata nampaknya memberikan sedikit harapan.Beliau di temuramah majalah Famitsu dan menunjukkan minat menghasilkan versi PC untuk permainan ini.Beliau mahu pemain Final Fintasy XV melihat kualiti grafik lebih tinggi yang mampu dilakukan menerusi platform PC. Sungguhpun begitu pihak SquareEnix masih belum mempunyai perancangan untuk melakukan port buat masa ini.
Peminat Final Fantasy X yang muncul pada tahun 2001 hanya menerima versi PC pada tahun 2015. Diharap FF XV versi PC tidak akan mengambil masa yang terlalu lama untuk dihasilkan.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2kuhF4W
Post a Comment