Hi! Welcome Back and Stay Tune! Anak Kecil Dicabul Ahli Keluarga Atau Kenalan, Ibu Pejamkan Mata - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Anak Kecil Dicabul Ahli Keluarga Atau Kenalan, Ibu Pejamkan Mata

  • Takut hilang tempat bergantung, ramai golongan ibu pejam mata bila anak dicabul suami/kekasih
  • Si ibu celaru mana satu yang patut disembah, Tuhan atau kekasih
  • Baca 6 tips pemilihan pusat jagaan atau pengasuh dari Doktor Hana Hadzrami sebelum menghantar anak ke tempat berkenaan
Baru-baru ini, pihak kami memberi bius untuk pemeriksaan genital seorang kanak-kanak perempuan yang disyaki telah didera secara seksual. Saban minggu pasti ada kes-kes sebegini. Tak kira kanak-kanak lelaki atau perempuan, bayi atau budak besar, semua ada. 
Kerap kali pelakunya ialah suami atau anak lelaki pengasuh (jika anak dijaga oleh pengasuh) ataupun kekasih ibu anak itu sendiri (jika kes pasangan baru bercerai). Saudara sendiri dan orang yang dikenali pun ada juga.
Saya dapat bayangkan perasaan ibu bapa kanak-kanak itu. Marah, geram, rasa bersalah dan sedih yang bercampur-baur. Itulah selalunya perasaan ibu bapa yang normal. 
Saya katakan begini kerana ada juga ibu yang tak normal. Sudah tahu suami atau kekasih hati meratah anak kandungnya sendiri, namun dipejamkan mata kerana merasakan hidupnya bergantung sepenuhnya kepada individu berkenaan. Celaru mana satu yang patut disembah, Tuhan atau kekasih. Pelik tetapi wujud.
Pasti ada ibu bapa yang meletakkan anak dalam jagaan pengasuh atau pusat jagaan kanak-kanak berasa resah mendengarkan berita kanak-kanak dicabul oleh penjaga. Ada beberapa tips saya kongsikan untuk memilih pengasuh atau pusat jagaan:
  1. Pastikan suami atau anak lelaki bujang pengasuh bukannya seorang penganggur. Kebanyakan kes kanak-kanak dicabul oleh suami atau anak bujang pengasuh yang mampu bekerja tapi tak mahu bekerja dan sentiasa berlingkar di rumah. Mereka bukan saja malas dan tak membantu isteri/ibu mereka mengasuh, malah mencurahkan pasir pada periuk nasi itu pula. 
  2. Pastikan anak jagaan pengasuh tak terlalu ramai hingga tak cukup tangan untuk mengasuh. Perhatikan juga kanak-kanak asuhan lain yang lebih besar. Pengaruh pornografi boleh membuatkan budak berumur 7-8 tahun mencuba perkara tak senonoh terhadap anak asuhan yang lebih muda.
  3. Jika memilih pusat jagaan, pastikan rumah yang diduduki berasingan dari rumah tuan empunya pusat jagaan.
  4. Pastikan juga rumah itu lapang dan banyak pintu atau tingkap diruang tamu yang membolehkan orang luar nampak apa yang dilakukan di dalam. 
  5. Elakkan pusat jagaan yang menghalang ibubapa melawat secara rawak atau menghalang ibu bapa dari memeriksa kawasan dalam rumah tersebut. Jika tiada apa kesalahan, tiada apa yang hendak disorokkan.
  6. Ibu bapa juga hendaklah mengajar anak-anak tentang sentuhan selamat/tak selamat seawal mungkin. Ibu bapa juga perlu kerap memeriksa tubuh badan anak dan berikan perhatian sekiranya mereka mengadu sakit apabila buang air kecil atau besar.
Dalam kes tadi, pelaku yang disyaki ialah kekasih ibunya. Syukur anak itu tiada koyakan pada selaput daranya. Namun terdapat kesan merah di sekeliling perineumnya. Tiada penetrasi namun tak bermakna tiada cubaan mencabul dilakukan.
Sedih sungguh perihal keluarga satelit zaman sekarang. Tiada siapa yang kisah kepada nasib anak apabila ibubapa mereka bercerai. Ramai datuk nenek yang tak kisah bila anak perempuan mereka yang baru menjadi janda, bersekedudukan dengan kekasih baru. Lebih teruk lagi, si ibu terpaksa bekerja untuk menanggung kekasih tak guna yang kemudian mencabul anaknya pula.
Tak tahulah apa reaksi ibu kanak-kanak tadi. Entah dihalau kekasihnya keluar atau dibela lagi kekasihnya. Jika masih nak dibela juga kekasihnya, sahlah bukan saja Cinta Itu Buta, malah cinta itu pekak dan bodoh juga.
Benci dengan pengecut yang mencabul kanak-kanak. Lebih benci dengan ibu yang sengaja membiarkan anak sendiri dicabul.






Sumber : Siakapkeli

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.