Avast Menawarkan Penyelesaian Untuk Mengatasi Ransomware HiddenTear, Jigsaw Dan Stampado
Avast sebelum ini telah menyediakan beberapa perisian khusus untuk mengatasi ransomware, dan hari ini mereka turut menambah tiga lagi untuk mengatasi ransomware terbaru, iaitu HiddenTear, Jigsaw dan juga Stampado/Philadelphia.
Bagi yang tidak mengenali akan ransomware, ia merupakan sejenis malware yang menjadikan pelbagai fail dan dokumen pada komputer anda sebagai tebusan. Kebiasaannya, ia akan meminta anda membayar sebelum dapat mengakses dokumen anda. Pelbagai dokumen anda juga akan melalui penyulitan, membuatkan ia tidak boleh diakses.
Selain daripada ketiga-tiga ransomware ini, pihak Avast melalui halaman khusus, menyediakan sebanyak 14 Ransomware Decryption Tools untuk anda mengatasi ransomware pada komputer anda sekiranya dijangkiti.
Muat-Turun Avast Ransomware Decryption Tools
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2kmoXFS
Post a Comment