Hi! Welcome Back and Stay Tune! 175 Badang Adu Kekuatan Di Terengganu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

175 Badang Adu Kekuatan Di Terengganu

ZAINAL Abidin Hussin (tengah) menyampaikan pingat kepada Johan Angkat Berat Kategori Lelaki Bawah 50kg, Elfrado Roy Matin (kanan) pada majlis Kejohanan Angkat Berat Kebangsaan Terengganu 2017 di Dewan Arena, Stadium Tertutup, Komleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak. – Foto Mohd Syafiq Ridzuan Ambak

KUALA NERUS: Kejohanan Angkat Berat Kebangsaan Terengganu 2017 yang bermula hari ini menyaksikan 175 atlet berentap merebut kejuaraan dalam 64 kategori dipertandingkan.

Timbalan Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri, Zainal Abidin Hussin berkata kejohanan selama tiga hari itu disertai 14 kontinjen termasuk daripada Majlis Sukan Negara dan Angkatan Tentera Malaysia.

“Kejohanan ini akan menjadi medan mencungkil bakat baharu, selain memberi pendedahan dan mempersiapkan atlet untuk ke Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dan Sukan Malaysia 2018,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan kejohanan di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri di sini, hari ini.

Sementara itu, Presiden Persatuan Bina Badan dan Angkat Berat Terengganu, Mohd Shafaruddin Mustaffa berkata kontinjen Terengganu menyasarkan sembilan pingat emas pada kejohanan kali ini.

Beliau yang yakin sasaran itu dapat dicapai berkata atlet Terengganu menunjukkan prestasi memberangsangkan setakat ini.

“Kali ini kita pertaruhkan 33 atlet termasuk daripada pasukan pelapis, namun kita yakin mereka mampu merealisasikannya dan memikul cabaran ini,” katanya. – BERNAMA

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mUjQ0L

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.