PESAKA Yakin Gegar Sukan SEA 2017
SEBAHAGIAN atlet silat selepas diumumkan juara keseluruhan Kejohanan Silat Asia Tenggara 2017 di Kompleks Lincah Mahaguru Omardin. – Foto Luqman Hakim Zubir
KUALA LUMPUR: Sembilan pingat emas yang dituai skuad silat negara pada Kejohanan Silat Asia Tenggara ke-7 sudah cukup membuktikan betapa Malaysia bersedia untuk menggegar pada Sukan SEA 2017, Ogos ini.
Setiausaha Agung Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA), Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata, sasaran terbabit berada dalam jangkauan mereka terutama selepas melihat usaha keras dan peningkatan mendadak pesilat negara.
“Saya gembira dengan pencapaian mereka dan sembilan emas di sini sudah cukup memberi bayangan mengenai apa yang akan berlaku pada Sukan SEA 2017 nanti.
“Bagaimanapun, pencapaian ini tidak seharusnya menjadikan kita terus selesa kerana dalam tempoh lima bulan ini, apa saja boleh berlaku.
“Jadi kita akan terus mempergiat kekuatan kita untuk lebih bersedia menghadapi temasya terbabit,” katanya ketika ditemui selepas majlis penutup di Kompleks Lincah Mahaguru Omardin (KLMO) di sini, hari ini.
Pada hari terakhir kejohanan, Malaysia terus cemerlang apabila menuai enam lagi emas daripada lapan acara final untuk muncul juara keseluruhan dengan sembilan emas, tiga perak dan empat gangsa, diikuti Vietnam (5-5-7) dan Singapura (4-6-4).
Mengulas prestasi pesilat negara, Megat Zulkarnain mengakui beberapa pesilat membuktikan mereka masih layak untuk dikekalkan dalam skuad negara meskipun berdepan amaran akan digugurkan kerana tidak konsisten sebelum ini.
“Dua pesilat yang sebelum ini bakal digugurkan daripada senarai Sukan SEA 2017 menang dua emas pada kejohanan ini, jadi mereka membuktikan kemampuan untuk bersama skuad silat negara.
“Atas faktor ini, berkemungkinan kita akan membuat sedikit perubahan dan status sebagai juara dunia bukan jaminan untuk dipilih kerana saya mahu pencapaian semasa diambil kira,” katanya.
Keputusan Final
Kelas A Putera:- Mastafa Fitri Masjuri (Mas) 5 Nguyen Thanh Tri (Vie) 0
Kelas B Putera:- Pham Van Tien (Vie) 5 Muhd Amirul Basaruddin (Mas) 0
Kelas C Putera:- Mohd Zarish Hakim Shukor (Mas) TKO Hanifan Yudani Kusumah (Ina)
Kelas E Putera:- Al Jufferi Jumari (Mas) TKO Poomisak Ngankoh (Tha)
Kelas F Putera:- Mohd Fauzi Khalid (Mas) 5 Abdul Raaziq Abdul Rashid (Sin) 0
Kelas H Putera:- Muhammad Robial Sobri (Mas) 4 Sheik Ferdous Sheik Alau’ddin (Sin) 1
Kelas D Puteri:- Nurul Suhaila Mohd Saiful (Sin) 5 Siti Zubaidah Che Omar (Mas) 0
Kelas B Puteri:- Siti Humairah Kasidin (Mas) 4 Nurul Shafiqah Mohd Saiful (Sin) 0
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nPf7fR✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment