Dua Gol Dawson Tambah Sengsara Wenger
Craig Dawson (dua dari kiri) meraikan jaringan gol ketika menentang Arsenal.
LONDON: Craig Dawson menanduk masuk dua gol West Bromwich untuk menambah tekanan ke atas pengendali Arsenal, Arsene Wenger dengan kemenangan 3-1, sebentar tadi.
Dawson meletak West Brom di depan pada minit ke-12, dengan pemain simpanan Hal Robson-Kanu kembali memberikan kelebihan selepas Alexis Sanchez menyamakan kedudukan buat Arsenal, dan Dawson menjaringkan gol keduanya ketika permainan berbaki 15 minit.
Ia adalah kekalahan keempat Arsenal dalam lima perlawanan Liga Perdana Inggeris dan membantutkan peluang mereka untuk merapatkan jurang lima mata dengan kelompok empat teratas.
Wenger dikritik hebat selepas kekalahan 10-2 secara agregat di tangan Bayern Munich dalam saingan Liga Juara-Juara.
Pengendali dari Perancis itu turut kehilangan penjaga gol Petr Cech yang mengalami kecederaan ketika babak pertama, dengan David Ospina masuk menggantikannya. – AFP
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2n0mB2i✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment