Lelaki Ditembak Mati Di Lapangan Terbang Orly Perancis
PARIS: Seorang lelaki ditembak mati pasukan keselamatan di Lapangan Terbang Orly di Perancis hari ini selepas dia bertindak menembak dan mencederakan seorang anggota polis.
Dia sebelum itu dikatakan cuba merampas senjata milik seorang anggota tentera sewaktu pemeriksaan keselamatan rutin.
Menurut Menteri Dalam Negeri, Bruno le Roux, suspek sememangnya seseorang yang sedang dalam pemerhatian polis.
Susulan kejadian itu polis mengarahkan pengunjung agar menghindari lapangan terbang terbabit sementara siasatan dijalankan.
Jabatan Pendakwaraya turut membuka kertas siasatan berhubung kejadian.
Penempatan anggota tentera adalah sebahagian daripada tindakan berjaga-jaga Perancis dari sebarang ancaman keganasan.
Tiada maklumat lanjut berhubung identiti suspek dan mereka yang mengalami kecederaan.
Turut ditahan, ayah dan abang suspek terbabit.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mU5nC5✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment