Yusoff Tak Pasang Kaki Lobi Undi
CALON Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA), Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi. – Foto Muhammad Hatim Ab Manan
MELAKA: Calon Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA), Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi mengakui tidak bercadang untuk melobi menjelang Pemilihan Kongres FAM ke-53 di Petaling Jaya, Sabtu depan.
Menurutnya, situasi dilihat tenang dan tiada pergolakan menjelang hari pemilihan yang dijadualkan pada 25 Mac depan, namun mengakui tidak mengetahui jika ada calon lain yang melobi untuk meraih undi perwakilan.
Katanya, dia yakin Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menjadi pilihan walaupun dikatakan akan mendapat tentangan sengit daripada Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa bagi jawatan presiden.
“Kami tidak merancang untuk mengadakan pertemuan bersama 39 perwakilan yang bakal membuat pilihan kerana menganggap mereka bijak menentukan pilihan masing-masing.
“Kami tetap yakin TMJ akan menjadi pilihan utama perwakilan, seperti mana kemajuan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) yang bakal diterjemah kepada FAM andai Tunku terpilih kelak,” katanya.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2n0fVks✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment