Hi! Welcome Back and Stay Tune! NZ Borneo Eagles, Hong Kong Tewas Mengejut - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

NZ Borneo Eagles, Hong Kong Tewas Mengejut

SANDAKAN: Hari pertama kejohanan Ragbi Antarabangsa Borneo Tujuh Sebelah Borneo menyaksikan dua pasukan pilihan iaitu NZ Borneo Eagles dan Hong Kong dikejutkan dengan kekalahan pada aksi peringkat kumpulan.

Juara tahun lalu, NZ Borneo Eagles memulakan cabaran mereka dalam kumpulan A dengan dua kemenangan selepas membelasah Singapura (60-0) dan Cobra (Kuala Lumpur) 57-0.

Bagaimanapun, pasukan yang dibarisi skuad pelapis New Zealand itu dikejutkan dengan kekalahan 14-36 kepada pasukan Tribe daripada Australia dalam aksi ketiga mereka.

Skuad kendalian bekas ketua pasukan All Black, Edwin Cocker, itu kemudian mengesahkan tempat mereka ke pusingan kalah mati apabila menewaskan Sri Lanka 35-12 dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan.

Terdahulu, pasukan Hong Kong yang beraksi dalam siri kejohanan dunia, kecundang dalam aksi pertama mereka bertemu Sabah Eagles 12-14.

Sabah Eagles mengesahkan kemenangan menerusi satu percubaan penalti selepas pemain Hong Kong melakukan hadangan tidak dibenarkan terhadap pemain Sabah Eagles.

Skuad kendalian John Paul, yang juga naib juara tahun lalu itu kemudiannya bangkit mencatat kemenangan dalam aksi seterusnya menentang Alabang Eagles (Filipina) (40-12), DBKL (12-5) serta skuad Malaysia 36-10, seterusnya mara ke pusingan kalah mati.

Sementara itu, selain NZ Borneo Eagles, tiga pasukan yang layak ke pusingan seterusnya dalam kumpulan A ialah Tribe 7s selaku juara kumpulan, Sri Lanka dan Singapura.

Bagi kumpulan B pula, Sabah Eagles yang menduduki kedudukan teratas akan diiringi pasukan Hong Kong, DBKL serta Malaysia untuk ke pusingan kalah mati, esok.

Semua perlawanan berlangsung di Padang Kelab Ragbi Eagles, di sini.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nD0ptj

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.