Syamim Kesal, Janji Tak Ulangi Isyarat Lucah
KUANTAN: Selepas dikenakan hukuman denda RM500 dan digantung satu perlawanan, pemain tengah Pahang, Ahmad Syamim Yahya berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya menunjukkan isyarat lucah pada perlawanan akan datang.
Ahmad Syamim dikenakan hukuman itu selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mendapati beliau bersalah menunjukkan isyarat lucah pada saingan antara Pahang dan Melaka United (MU) pada 25 Februari lalu.
“Saya anggap hukuman ini satu pengajaran sangat berguna dan ia adalah kesilapan sendiri. Saya kesal dengan apa yang berlaku dan berjanji tidak akan mengulanginya.
“Ini adalah reaksi kurang sopan dan saya sedar ia tidak sepatutnya berlaku, apatah lagi, perlawanan itu juga ditonton kanak-kanak.
“Saya akur dengan keputusan (hukuman) FAM. Saya akan lebih bersikap rasional dan berhati-hati selepas ini,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.
Diminta mengulas mengenai insiden itu, Ahmad Syamim berkata, isyarat lucah itu tidak ditujukan kepada penonton atau barisan kejurulatihan MU, tapi ia adalah gurauan dengan dua pemain MU, yang juga rakan lama beliau.
“Ketika itu saya cuma bergurau dengan pemain MU. Mereka rakan lama saya dan saya ingatkan ia tidak menjadi masalah.
“Mujur juga cuma digantung satu perlawanan dan tidak membabitkan pertemuan (Pahang) dengan Kelantan pada aksi Liga Super pada 8 April depan,” katanya.
Jawatankuasa Tatatertib FAM yang bermesyuarat semalam mendapati Ahmad Syamim bersalah melanggar Artikel 59 Kod Tatatertib FAM 2015 kerana kelakuan yang menyinggung dan ‘Fair Play’ dan didenda RM500.
Pengerusi Jawatankuasa itu, Datuk Jang Hwee Gee, berkata Ahmad Syamim juga diberikan amaran keras dan hukuman lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan sama.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mei1P0✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment