Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lemas Bukit Beruntung: Operasi SAR Dua Murid Ditangguh - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lemas Bukit Beruntung: Operasi SAR Dua Murid Ditangguh

HULU SELANGOR: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua murid Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya 1 yang dihanyutkan air deras di Kampung Timah, Bukit Beruntung di sini semalam ditangguhkan berikutan faktor cuaca.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat berkata operasi ditangguhkan pada pukul 7 malam dan akan dimulakan 8 pagi esok.

Katanya, dua pelajar yang masih belum ditemui dikenal pasti sebagai Muhammad Ikhwan Mohd Ridwan, 10, dan Muhammad Aiman Kamarul Ariffin, 12.

“SAR ditangguhkan kerana arus deras dengan jarak penglihatan terhad berikutan gelap,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira 5 petang itu, lapan kanak-kanak berusia antara sembilan hingga 12 tahun dari kawasan perumahan berdekatan dihanyutkan air pasang besar ketika mereka menangguk ikan di Sungai Selangor itu.

Seorang daripada mereka selamat manakala lima lagi ditemukan lemas.

Lima mangsa yang meninggal dunia akibat lemas ialah pasangan adik-beradik, Shahrizat Abdullah, 12, dan Shahrizwan, 10; Amirul Hakimi Khairul Amru, 9, Muhammad Iskandar Shah, 12, dan Muhammad Aiman Fitri Md Asmadi, 12. — Bernama

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mek1Hj

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.