Harimau Malaysia Lebih Bersedia Hadapi Filipina
DATUK Ong Kim Swee (kiri) memantau sesi latihan pasukan kebangsaan Harimau Malaysia di Wisma FAM Kelana Jaya dalam persiapan bagi perlawanan antarabangsan bertemu Filipina dan kelayakan Piala Asia 2019. – Foto Osman Adnan
SHAH ALAM: Harimau Malaysia melaungkan amaran awal buat Filipina betapa skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu sudah bersedia sepenuhnya menjelang pertemuan kedua-dua pasukan pada aksi persahabatan antarabangsa di Manila, Rabu ini.
Pemain sayap lincah, Syazwan Zainon menegaskan keserasian dan semangat barisan pemain Harimau Malaysia berada pada tahap terbaik untuk berdepan Filipina.
Syazwan yang lebih mesra dengan panggilan Wan Karpet itu berkata, misi memburu kemenangan tetap ada dalam diri semua pemain biarpun ia hanya aksi persahabatan.”
“Bagi saya, kami semua sudah serasi. Kami hanya perlu menggunakan peluang ini sebaik mungkin untuk menang di Manila.
“Walaupun ia hanya perlawanan persahabatan, semua pemain sedar yang aksi ini amat penting kerana membabitkan ranking pasukan negara,” kata pemain Kedah berusia 27 tahun itu.
Wan Karpet sekali lagi mendapat kepercayaan Kim Swee selepas prestasi cemerlangnya bersama Kedah, selain memberi impak positif kepada Harimau Malaysia ketika saingan Piala AFF Suzuki, tahun lalu.
Pemain kelahiran Perlis itu juga menegaskan dia tidak bimbang berdepan risiko kecederaan walaupun mengharungi jadual padat bersama Kedah dan Harimau Malaysia.
“Tiada masalah (jadual padat) dan saya tengok pemain lain pun tiada masalah. Saya tidak bimbang soal berdepan kecederaan kerana ia sudah lumrah dalam bola sepak.
“Semangat mewakili Kedah dan skuad kebangsaan juga sama, tiada beza. Apabila masuk padang, semangat menjadi lebih tinggi dan hanya fikir mahu menang.
“Ini adalah kali kedua jurulatih menyenaraikan saya dan kali ini, saya rasa lebih bersedia,” katanya.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nyjArq✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment