Selangor Rela Lepaskan 4 Tonggak
P Maniam. – Foto Osman Adnan
KUALA LUMPUR: Selangor tidak resah andai empat pemain utama mereka yang dipanggil menyertai skuad kebangsaan pulang ke pangkuan pasukan itu dengan kecederaan, sekali gus tidak dapat diturunkan untuk beraksi.
Pengendali The Red Giants, P Maniam mengakui walaupun dia seboleh-bolehnya tidak mahu situasi terbabit berlaku kerana akan menjejaskan perancangannya, dia perlu terima hakikat andai berdepan situasi itu.
“Tak kira mereka beraksi bersama skuad kebangsaan ataupun kelab, mereka boleh tercedera dan jika mereka cedera ketika mewakili skuad kebangsaan, kita tidak boleh salahkan skuad kebangsaan kerana itu adalah panggilan negara.
“Namun, saya berharap mereka kembali dengan lebih baik dan tidak berdepan apa-apa masalah.
“Kecederaan kecil dan tidak serius mungkin takkan mendatangkan masalah kerana mereka ada tempoh yang cukup untuk pulih dan kembali cergas,” kata Maniam ketika dihubungi BH Sukan, hari ini.
Empat pemain tonggak skuad Merah Kuning yang bersama skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee ketika ini ialah penjaga gol, Khairul Azhan Khalid dan pemain tengah, S Veenod yang bersama skuad Harimau Malaysia bagi aksi persahabatan kelas A bertemu Filipina di Stadium Memorial Rizal, Manila, Rabu ini.
Dua lagi – pertahanan Syahmi Safari dan penyerang, Adam Nor Azlin bersama skuad Bawah 22 tahun (B-22) kendalian Frank Bernhardt yang akan mengharungi cabaran Kejohanan Bawah 23 tahun (B-23) Piala Dubai di Emiriah Arab Bersatu (UAE), 20 hingga 28 Mac ini.
Pada masa sama, bekas pengendali AirAsia FC itu bersedia untuk memberi peluang kepada pemain lain, andai tonggak mereka pulang dengan kecederaan.
“Kita ada pemain yang mampu mengisi kekosongan mereka,” katanya.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2menAgu✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment