Hi! Welcome Back and Stay Tune! Isu Keluar Parti: Mukhriz Nafi Kepimpinan PPBM Abaikan Pandangan Akar Umbi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Isu Keluar Parti: Mukhriz Nafi Kepimpinan PPBM Abaikan Pandangan Akar Umbi

ALOR SETAR: Kepimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) terpaksa membuat keputusan tertentu berdasarkan penilaian rapi dalam pemilihan ketua dan jawatankuasa penaja parti itu termasuk di peringkat bahagian.

Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata pemilihan itu tidak bermakna kepimpinan tertinggi parti sahaja berhak membuat keputusan dan mengabaikan pandangan di peringkat akar umbi.

Dalam kes keluar parti di Baling, beliau berkata seramai 13 orang terbabit bertindak sedemikian selepas tidak berpuas hati dengan keputusan pemilihan Ketua Penaja Bahagian Baling yang telah dibuat kepimpinan PPBM.

“Apa yang berlaku sepertimana telah diumumkan 13 orang daripada Baling ialah ketidakpuasan hati kerana ada wakil mereka yang tidak terpilih sebagai ketua dan kita hendak menawarkan supaya mereka juga terlibat dalam kepimpinan di peringkat AJK Bahagian tetapi malangnya mereka tolak.

“Saya bersedihlah dengan keadaan itu tetapi jauh sekali daripada dakwaan bahawa kononnya pucuk pimpinan buat semua keputusan pihak bawahan ataupun akar umbilah yang sebenarnya memberi kekuatan kepada parti ini bagi peluang untuk menyuarakan pandangan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan pertandingan futsal PPBM, di sini hari ini.

Sebelum ini, 13 ahli PPBM diketuai bekas Pengerusi PPBM Baling, Ali Ahmad dilaporkan bertindak keluar parti selepas masing-masing dikatakan tidak berpuas hati dengan isu pelantikan jawatankuasa baharu bagi parti itu pada Februari lalu.

Mukhriz berkata, kumpulan itu telahpun diberi masa yang lama untuk membentuk Jawatankuasa Penaja parti di peringkat bahagian namun mereka gagal.

Katanya lagi proses pemilihan Ketua Penaja tidak boleh dilengahkan memandangkan pilihan raya umum (PRU) yang semakin dekat.

PPBM juga merupakan parti baharu dan perlantikan penaja dibuat terlebih dahulu sebelum proses pemilihan sebenar dalam parti.

Jelas beliau, bila proses pemilihan dibuat, ahli peringkat bahagian sendiri yang bakal buat pemilihan ketua.
 
Selain itu, Mukhriz mengakui sedih dengan tindakan mereka keluar parti, namun dimasa yang sama masih mengharapkan agar mereka yang terlibat kembali meneruskan perjuangan parti.

“Memang mereka ini adalah penggerak PPBM di Baling. Kumpulan yang terawal. Itu memang saya akui memang banyak korban masa, korban duit, untuk bergerak cari keahlian sebab itulah saya sangat menghargai apa yang mereka buat sebelum ini.

“Kita buat keputusan itu, kita sedih sebab sanggup meninggalkan perjuangan parti, tidak tahulah kalau masih dilembutkan hati dan berharap keadaan menjadi dan mereka masih lagi bersama dengan kita,” katanya lagi.

Selain itu, mengenai senarai calon-calon PPBM yang bakal bertanding dalam pilihan raya umum akan datang yang ditularkan, Mukhriz berkata ianya bukan senarai yang dikeluarkan oleh parti.

“Saya pun tidak tahu dari mana puncanya senarai itu, saya pun kira terlibatlah dalam soal pengagihan kerusi ini kerana kita buat penilaian dari setiap DUN dan setiap Parlimen, jadi jauh sekali kita boleh muktamadkan satu senarai yang melibatkan semua orang, senarai ini pun saya tak baca semua, saya baca awal-awal pun saya dah tahu tak betul,” katanya lagi.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mTENc6

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.