Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sabah Bakal Pecat Vilmiaire, Messelem? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sabah Bakal Pecat Vilmiaire, Messelem?

Steve Vilmiaire. – Foto Malai Rosmah Tuah

KOTA KINABALU: Selepas prestasi buruk dalam saingan liga, Sang Badak dijangka melakukan perubahan drastik sekali lagi apabila dikhabarkan bakal melantik pengendali baharu.

Ini bermakna jurulatih dari Perancis, Steve Vilmiaire hampir pasti diganti dengan jurulatih tempatan, dengan bekas pemain Sabah, Jelius Ating kini disebut-sebut pilihan utama.

Pelantikan Jelius diperkuatkan lagi apabila menerima sijil kejurulatihan kelas A baru-baru ini, dan dia juga ketua jurulatih skuad Piala Belia negeri sejak musim lalu.

Sumber yang rapat dengan Persatuan Bola Sepak Sabah mendakwa, pengendali berusia 46 tahun yang digelar ‘orang besi’ itu bakal mengambil alih tugas ketua jurulatih Sang Badak secara rasmi, minggu depan.

Sementara itu, pengurus pasukan yang warga Perancis, Adlane Messelem, turut dijangka disingkirkan daripada pasukan.

Adlane Messelem. – Foto Malai Rosmah Tuah

Beliau dipercayai akan diganti dengan Yassin Aman, pengurus pasukan Piala Belia Sabah yang bersama-sama Jelius dalam skuad pelapis negeri itu.

Sabah kini bergelut untuk keluar daripada zon penyingkiran apabila menghuni tangga kedua tercorot Liga Perdana.

Selepas lapan perlawanan, Sabah hanya mampu mengutip empat mata hasil satu kemenangan, satu seri dan enam kekalahan.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mGe6a9

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.