Hi! Welcome Back and Stay Tune! Hadin Akui 'senang Kerja' Dengan Kim Swee - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Hadin Akui 'senang Kerja' Dengan Kim Swee

MUHAMMAD Hadin Azman. – Foto Muhd Asyraf Sawal

SHAH ALAM: Pemain tengah negara, Muhammad Hadin Azman mendedahkan dia senang ‘bekerja’ di bawah jurulatih Harimau Malaysia, Datuk Ong Kim Swee.

Hadin yang juga tonggak utama FELDA United FC menjelaskan, biarpun Kim Swee tampak tenang, pengendali kelahiran Melaka itu sebenarnya tegas ketika mengendalikan sesi latihan skuad kebangsaan.

“Sepanjang berada di bawah Datuk Ong (Kim Swee), beliau adalah jurulatih yang tegas. Tapi bagi saya, senang untuk bekerja di bawahnya, termasuk menerima corak latihan yang diberi.

“Jadi untuk menyenangkan lagi kerja kami sebagai satu pasukan, saya mengikut segala yang diarahkan,” katanya yang turut bersama skuad Harimau Malaysia dalam saingan Piala AFF Suzuki di Yangon, Myanmar, November lalu.

Hadin meledak gol pertama buat Harimau Malaysia ketika skuad itu seri 1-1 dalam aksi persahabatan berdepan Afghanistan pada Oktober tahun lalu.

Dalam pada itu, pemain 22 tahun itu menegaskan sudah bersedia sepenuhnya untuk menggalas misi Harimau Malaysia pada aksi persahabatan dengan Filipina di Manila, Rabu ini.

Hadin berkata, keyakinannya berada pada tahap terbaik dan berharap Kim Swee memberinya peluang untuk beraksi.

“Prestasi saya bersama FELDA United juga semakin meningkat dan ia menambah keyakinan saya untuk membantu skuad negara.

“Jika diberi peluang bermain, saya tiada masalah dan akan cuba memberikan persembahan terbaik demi membantu skuad negara mencipta keputusan positif,” katanya.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mU4HfW

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.