Hi! Welcome Back and Stay Tune! Trofi Gempak Man Of The Match Ini Adalah Untuk Arwah Pak Yus – Tauke - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Trofi Gempak Man Of The Match Ini Adalah Untuk Arwah Pak Yus – Tauke

18 Mac 2017. 11.12 AM

133

Hiburan

Trofi Gempak Man of The Match Ini Adalah Untuk Arwah Pak Yus - Tauke
Peserta Maharaja Lawak Mega 2017 (MLM 2017) Tauke mengakui kejayaannya merangkul trofi Gempak Man of The Match (GMOTM) di minggu kelima merupakan hadiah untuk rakan baiknya iaitu Allahyarham pelawak Yusry Edoo atau Pak Yus.

Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria, berkata, kemenangannya pada minggu ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakukan persembahan lebih baik meskipun tidak bersama kumpulan Jambu.

“Setelah beberapa tahun penantian saya untuk mendapatkan trofi ini akhirnya ia berjaya menjadi milik saya.

“Ini sebenarnya merupakan hadiah kepada arwah Pak Yus kerana dia merupakan semangat untuk saya terus berada di atas pentas MLM 2017.

“Jika arwah masih hidup mesti dia berbangga dengan pencapaian dan kemenangan saya pada malam ini.

“Saya juga ingin berterima kasih kepada peminat yang mengundi kerana tanpa mereka mungkin impian ini tidak akan tercapai,” katanya kepada Astro Gempak.

Undian GMOTM boleh dilakukan secara online di laman web MAHARAJA LAWAK MEGA. 

Sementara itu satu-satunya peserta solo, Danial, telah tersingkir pada minggu kelima malam tadi (Jumaat), yang bertemakan Pekerjaan Luar Biasa.

MLM 2017 diterajui Datuk AC Mizal sebagai hos dan menampilkan empat juri tetap iaitu Datuk Rosyam Nor, Luna Maya, Najip Ali dan Neelofa yang akan mengadili para peserta selama 12 minggu.
 
MLM 2017 bersiaran secara langsung dari Royal Theater Shah Alam pada setiap Jumaat, pukul 10 malam dan boleh ditonton menerusi saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).

Keputusan Gempak Man Of The Match Minggu Kelima

1. Tauke : 42%
2. Ajak Shiro : 38%
3. Dzawin : 2%
4. Abam Bocey : 1%
5. Fad Bocey : 1%
6. Mamak Puteh : 1%

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2me7CCQ

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.