Hi! Welcome Back and Stay Tune! 5 Fungsi Rahsia Disebalik Airplane Mode Yang Anda Patut Tahu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

5 Fungsi Rahsia Disebalik Airplane Mode Yang Anda Patut Tahu

BAGI pengguna peranti mudah alih, sudah tidak asing lagi dengan setting Airplane Mode atau mod pesawat terbang yang ada pada setiap peranti iOS atau Android.

Selain berfungsi untuk mematikan rangkaian mudah alih dan data internet, WiFi, bluetooth, serta GPS, ternyata Airplane Mode mempunyai ciri-ciri tersembunyi yang mungkin tidak diketahui oleh banyak penggunanya. Berikut adalah fungsi rahsia disebalik Airplane Mode:

5 Fungsi Rahsia Disebalik Airplane Mode Yang Anda Patut Tahu

1. Menjimatkan Bateri

Apabila kita tahu baki bateri kita sedikit namun kita harus menelefon seseorang beberapa saat nanti, maka Airplane Mode boleh kita gunakan untuk membantu menjimatkan bateri. Dengan mengaktifkan fungsi tersebut, maka proses background di sistem telefon pintar atau tablet akan berhenti.

2. Mempercepatkan Isi Ulang Bateri

Tidak banyak yang tahu jika Airplane Mode juga boleh membantu proses pengisian semula kuasa bateri (Charging). Jika kamu terburu-buru ingin bateri telefon pintar akan terisi, maka kamu boleh mengaktifkan Airplane Mode sambil menyambung kabel dayanya.

3. Mengelakkan Gangguan

Telefon pintar kadang menjadi salah satu pembuli yang boleh mengalihkan perhatian saat kita sedang menumpukan perhatian atau memandu. Hal ini disebabkan bunyi atau getaran pemberitahuan yang dikeluarkan, baik itu dari mesej SMS masuk, panggilan telefon, atau pemberitahuan dari aplikasi chatting lain.

Cara terbaik untuk mengelakkan gangguan telefon pintar ketika memandu adalah dengan mengaktifkan Airplane Mode. Dengan aktifnya Airplane Mode, tidak akan ada pemberitahuan masuk yang mungkin boleh mengganggu kamu.

4. Memperkukuhkan Isyarat

Merasa jaringan yang anda tidak terlalu bagus? Anda boleh mengaktifkan Airplane Mode. Pada masa Airplane Mode aktif, dia akan memutuskan semua rangkaian yang dihubungkan dengan telefon pintar anda. Pada masa Airplane Mode dimatikan kembali, secara automatik telefon pintar anda akan mencari rangkaian baru.

5. Mempercepatkan Android

Salah satu penyebab Android lambat adalah dengan banyaknya lalu lintas data keluar masuk di Android kita. Pada masa Airplane Mode aktif, semua lalu lintas data akan dipadamkan sehingga membuat telefon pintar akan menjadi cepat kembali.

Semoga bermanfaat!

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2n5B0XN

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

r>r>

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.