Hi! Welcome Back and Stay Tune! Rooney Masih Aset England, MU – Scholes - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Rooney Masih Aset England, MU – Scholes

WAYNE Rooney (kiri) dan Paul Scholes.

LONDON: Penjaring terbanyak England, Wayne Rooney masih boleh memainkan peranan penting untuk negara dan kelabnya Manchester United, kata bekas rakan sepasukan, Paul Scholes kepada BBC, hari ini.

Jurulatih England, Gareth Southgate menegaskan, Rooney yang menjaringkan 53 gol dalam 119 penampilan antarabangsa tidak akan terus disisihkan dalam skuad The Three Lion biarpun tidak mendapat tempat dalam kesebelasan utama United.

Rooney yang turut memegang status selaku penjaring terbanyak kelabnya berjaya mengatasi rekod Bobby Charlton awal musim ini dan dikaitkan akan berpindah ke kelab lain hujung musim ini selepas 13 tahun bersama United.

Penyerang berusia 31 tahun itu dikatakan mendapat tawaran lumayan untuk beraksi dalam saingan Liga Super China manakala bekas kelabnya, Everton turut menyatakan minat bagi mendapatkan semula pemain berkenaan.

Bagaimanapun, Scholes berkata, ia akan menjadi satu kehilangan buat England dan United jika bekas rakan sepasukannya itu diketepikan.

“Wayne adalah pemain sensasi untuk England dan United sepanjang 15 tahun. Dia sangat dihormati dan saya fikir dia masih boleh memainkan peranan untuk England dan United.

“Dia memiliki pengalaman, dan boleh berkongsi pengetahuannya bersama pemain muda. Ia terpulang kepada Gareth untuk menentukan bila dia mahu menggunakannya.

“Saya tidak mahu bercakap mengenai dia akan berpindah ke kelab Inggeris lain, saya harap dia dapat kembali dalam kesebelasan utama United.

“Dia perlu bersaing tetapi Rooney yang saya kenal adalah seorang pemain yang akan menghadapi cabaran itu,” kata Scholes. – AFP

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nWNvd9

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

r>r>

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.