Hi! Welcome Back and Stay Tune! Baik Dengan Kedua-dua Bekas Suami - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Baik Dengan Kedua-dua Bekas Suami

Meskipun melalui pengalaman dua kali berdepan kegagalan dalam perkahwinan namun tidak menghalang pelakon dan pengarah, Dira Abu Zahar untuk menjalani kehidupan yang selesa dan bahagia.

Ternyata dugaan demi dugaan yang menimpa dirinya sama sekali tidak memberikan tekanan atau kesusahan kepada ibu tunggal berusia 33 tahun ini untuk membina sebuah kehidupan dengan anak kesayangan, Tengku Anggun Deandra Tengku Shafriz-Rullah, 10.

Bagi Dira atau nama sebenarnya, Khaidhirah Abu Zahar, kekurangan yang adakalanya dirasai itu akan diisi dengan suntikan semangat. Justeru rasa itu akan pergi jauh dan hanya perihal indah yang menyinggah ke hatinya.

“Alhamdulillah, saya okey dengan kehidupan sekarang. Rasanya tidak banyak yang boleh diperjelas. Kini kami semua berada dalam keadaan yang baik. Saya dan kedua-dua bekas suami juga tidak ada sebarang masalah, kami masih lagi berkawan.

“Kehidupan saya sekarang berjalan dengan lancar dan stabil. Anak saya juga semakin membesar dan dia sangat memahami keadaan ini.

“Apabila ada rasa kurang, saya gantikan dengan semangat untuk mengatasi rasa tersebut. Jadi buat masa ini saya lebih selesa menjalani kehidupan solo dengan hanya memberi sepenuh perhatian terhadap kerja dan anak,”katanya seperti yang dilaporkan Utusan online.

Dira pernah berkahwin dengan vokalis kumpulan Bau, Tengku Shafriz-Rullah Tengku Shahid atau lebih dikenali sebagai Ash pada 2007 sehingga 2010.

Perkahwinan keduanya pula dengan pengarah, Helmi Yusof pada 11 November 2011 lalu dan mereka berpisah lima tahun kemudian.

Mengenai perkembangan seni, Dira bakal muncul dengan filem terakhirnya, Kimchi Untuk Awak. Menurutnya, selepas ini dia nekad meninggalkan profesion lakonan, kerana mahu memberi sepenuh perhatian kepada karier pengarahan.

The post Baik Dengan Kedua-dua Bekas Suami appeared first on Berita Viral.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mBXyUx

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

r>r>

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.