Isu Teraju Pakatan Harapan: DAP Akan Minta Penjelasan Muhyiddin
GEORGETOWN: DAP akan mendapatkan penjelasan daripada Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung kenyataannya yang memberi bayangan bahawa PPBM ingin menerajui perjuangan Pakatan Harapan.
Tegas Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng ketika ini Datuk Ser Dr Wan Azizah Wan Ismail kekal sebagai Ketua Pembangkang dan tiada sebarang perubahan mengenainya.
Malah kata Guan Eng, Pakatan Harapan juga masih belum mengadakan mesyuarat bersama bagi membincangkan isu itu memandangkan PPBM baru sahaja diterima masuk ke dalam Pakatan.
BACA: PPBM beri bayangan mengetuai Pakatan Harapan
VIDEO: Mampukan PPBM terajui Pakatan Harapan?
“Saya rasa lebih baik saya dapatkan pengesahan, kadang-kadang laporan media itu tidak tepat.
“Kita pun belum mesyuarat lagi jadi biarlah kita pastikan ini laporan tepat bukanlah satu permainan oleh laporan media Barisan Nasional untuk melaga-lagakan sesama kita,’ katanya.
Muhyiddin dalam ceramahnya di Kota Kiri, Padang Rengas, pada Sabtu berkata, langkah itu penting bagi memastikan Pakatan tersebut dipelopori oleh parti yang berteraskan melayu bagi mewujudkan keyakinan rakyat.
Kata Muhyiddin, gerakan yang akan dipelopori oleh pembangkang mestilah organisasi yang diketuai Melayu, majoritinya Melayu tetapi parti-parti lain yang bergabung dalam Pakatan Harapan akan menjadi sebahagian daripadanya.
Bagaimanapun, Muhyididn berkata, perkara itu akan dibicangkan bersama-sama kepimpinan parti-parti komponen di dalam Pakatan Harapan dalam masa terdekat.
Guan Eng ditemui pada Majlis Pelancaran Dasar Pengasingan Sisa Di Punca Peringkat Negeri Pulau Pinang di Georgetown pada Ahad.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nSP8b5✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
r>r>
Post a Comment