Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tak Patuh Etika Pemakaian, Adi Putra Didakwa Hina Parlimen - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tak Patuh Etika Pemakaian, Adi Putra Didakwa Hina Parlimen

Ketika namanya menjadi bualan ekoran isu kemelut rumah tangganya sejak beberapa hari lalu, pelakon Adi Putra terpalit dengan satu lagi kontroversi di mana beliau didakwa melanggar etika pemakaian ketika hadir ke Parlimen Malaysia.

Semalam, bintang filem KL Gangster itu dikatakan berkunjung ke Parlimen dan bertemu dengan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi.

Berdasarkan sekeping gambar yang tersebar di internet menunjukkan kedua-dua figura berkenaan kelihatan gembira dalam pertemuan tersebut.

Bagaimanapun, Adi didakwa tidak menghormati dan mematuhi peraturan pemakaian ke Parlimen kerana beliau kelihatan hanya memakai kemeja lengan pendek tanpa tali leher, berseluar khakis,berkasut tapi tidak berstoking serta tidak memakai blazer.

Lantaran penampilan Adi yang dianggap tidak sesuai untuk hadir ke tempat tersebut, segelintir pihak mendakwa bahawa tidak wajar institusi perundangan tertinggi dalam negara yang menggubal undang-undang itu dihina sebegitu sekali.

Pemakaian Adi Putra yang tidak kena tempat itu hanya satu kes daripada ribuan kes lain kerana sebelum ini difahamkan ada yang memakai kasut sukan, legging, bahkan hanya berselipar sahaja.

Parlimen telah menetapkan kod etika berpakaian bagi lelaki adalah lounge suit dan bertali leher, baju kemeja lengan panjang dan bertali leher, baju batik lengan panjang, baju Melayu lengkap bersamping dan bersongkok, seluar panjang berwarna gelap (slack) dan berkasut kulit.

Bagi wanita pula, baju kurung atau kebaya labuh / blouse berlengan panjang, skirt panjang di bawah paras lutut, sari dengan blouse berlengan dan pakaian kebangsaan kaum-kaum lain, seluar panjang (slack), lain-lain pakaian yang kemas dan sopan serta berkasut.

Dalam kod etika itu melarang mana-mana individu memakai baju tanpa lengan, jaket, seluar jeans, pakaian ketat dan menjolok mata, selipar, kasut sukan, atau baju berkolar bulat untuk memasuki Parlimen.

The post Tak Patuh Etika Pemakaian, Adi Putra Didakwa Hina Parlimen appeared first on Berita Viral.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2niegW4

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

r>r>

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.