Belanda Panggil Blind
JURULATIH kebangsaan Belanda, Danny Blind. – Foto AFP
THE HAGUE, Belanda: Persatuan Bola Sepak Diraja Belanda (KNVB) memanggil jurulatih kebangsaan, Danny Blind susulan kekalahan 2-0 kepada Bulgaria, semalam yang menyempitkan peluang negara itu untuk ke Piala Dunia 2018.
“Pada malam yang mana secara terang-terangan segala-galanya tidak menjadi, pasukan Belanda tewas 2-0 kepada Bulgaria pada Sabtu,” kata badan induk itu dalam satu kenyataan.
“Ia kekalahan yang menyakitkan di Sofia, di mana peluang Belanda dalam kempen kelayakan Piala Dunia semakin berkurangan.”
Akhbar-akhbar di Belanda merujuk kekalahan itu sebagai “bencana” yang menyaksikan Blind boleh dipecat dengan akhbar harian Algmeen Dagblad berkata persatuan itu memanggil Blind untuk berbincang pada hari ini.
“Adalah jelas yang kami perlu bercakap,” kata pengarah komersial KNVB, Jean-Paul Decossaux kepada agensi berita Belanda, ANP. “Kami mungkin mendapat jawapan yang pantas, atau mungkin juga tidak.”
Susulan kekalahan itu, Belanda jatuh ke tangga keempat Kumpulan A kelayakan zon Eropah di mana juara kumpulan saja mengesahkan tempat ke pusingan akhir di Russia, tahun depan.
Kegagalan untuk layak, selepas gagal untuk beraksi di Euro 2016 akan menjadi satu kejutan besar buat negara yang dianggap berjaya dalam bola sepak selepas tiga kali muncul naib juara di Piala Dunia.
Pada Piala Dunia 2014 di Brazil, Belanda menamatkan saingan di tempat ketiga.
Kapten Belanda, Arjen Robben berkata kekalahan di Sofia sebagai “mimpi ngeri.”
“Ia menyedihkan. Saya tidak mampu berkata-kata. Babak pertama mengejutkan,” kata pemain sayap Bayern Munich berusia 33 tahun itu. – AFP
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2o6cpDO✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
r>r>
Post a Comment