Penduduk Kunak, Semporna Rasai Gegaran Gempa Di Lahad Datu
SEMPORNA: Gempa bumi lemah bermagnitud 4.2 pada skala Richter yang melanda Lahad Datu, petang tadi turut mengakibatkan beberapa kawasan di daerah Kunak dan Semporna merasai gegarannya.
Seorang guru, Aslina Ali, 30, berkata beliau dapat merasakan gegaran hampir seminit ketika berada di rumahnya di perumahan Sekolah Menengah Kebangsaan Tagasan, di sini.
“Saya sedang mengemas rumah kerana baru balik dari kampung setelah seminggu cuti persekolahan sebelum gegaran itu dirasai kira-kira pukul 5.30 petang.
“Setelah itu saya berlari keluar rumah sehingga gegaran berhenti,” katanya kepada Bernama.
Sementara itu, seorang penduduk di Kampung Airport, Kunak, Dian Awang berkata beliau turut merasai gegaran kecil selama 10 saat.
“Pada mulanya saya ingatkan adik-adik yang berlari di atas rumah, tetapi apabila tidak melihat sesiapa yang berlari, saya keluar untuk melihat keadaan sekitar tetapi tidak ada apa-apa berlaku.
“Saya hanya sedar ketika membaca berita di Facebook menyatakan ada gempa bumi lemah di daerah Lahad Datu lewat petang tadi,” katanya.
Jabatan Meteorologi dalam satu kenyataan berkata, pusat gempa itu terletak pada 4.8 darjah utara dan 118.6 darjah timur, iaitu 38 kilometer timur laut Kunak dengan gegaran turut dirasai di Tawau dan Sandakan pada pukul 5.30 petang.
— BERNAMA
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nkqQUZ✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
r>r>
Post a Comment