Hi! Welcome Back and Stay Tune! Nama Orang Tengah Diserah Kepada SPRM Esok – Sultan Johor - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Nama Orang Tengah Diserah Kepada SPRM Esok – Sultan Johor

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar esok bagi mendapatkan maklumat mengenai orang tengah yang cuba merasuah baginda berhubung penganugerahan pingat.

Baginda mengesahkan perkara itu sejurus tiba di Stesen KTM Kuala Lumpur dengan kereta api yang dipandunya kira-kira jam 4.05 petang tadi.

“SPRM akan datang menghadap saya esok dan kami akan melihat dari pertemuan itu.

“Ya (akan dedahkan nama individu itu)… satu nama. Saya rasa terhina dengan perkara itu (cubaan merasuah oleh orang tengah),” titah baginda ketika ditanya tentang perkara tersebut.

Sultan Ibrahim walau bagaimanapun enggan mendedahkan identiti ‘orang tengah’ itu, namun berkata: “Nama (gelaran)nya makin panjang, makin panjang. Bukan menteri. Kerajaan bersih dalam perkara ini…tiada menteri terbabit, namun dia adalah orang tempatan dan berasal dari Kuala Lumpur.”

Baginda sebelum ini bertitah ada menerima tawaran RM2 juta daripada ejen bagi mencadangkan nama individu terbabit kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN) bagi memperoleh gelaran ‘Tan Sri’ daripada Yang di-Pertuan Agong.

“Ejen yang datang jumpa saya katakan saya ada kuota untuk jual Tan Sri, nak bagi saya RM2 juta untuk satu Tan Sri. Saya kata pada ejen… saya tak nak bagi… saya kata pergi berambus.

“Tu bukan periuk nasi saya jual darjah. Di negeri lain bukan hal saya. Saya tak masuk campur, itu bukan hak saya untuk komen pun.

“Ini Johor, kami ada harga diri. Anda tidak boleh beli anugerah dan gelaran dengan wang ringgit,” titahnya.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2npib55

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

r>r>

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.