Hi! Welcome Back and Stay Tune! Badminton: Jia Wei Raih Gelaran Sulung Antarabangsa - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Badminton: Jia Wei Raih Gelaran Sulung Antarabangsa

Pemain muda negara, Tan Jia Wei.

KUALA LUMPUR: Pemain muda negara, Tan Jia Wei meraih gelaran sulung di pentas antarabangsa selepas menjuarai kejohanan badminton Cabaran Antarabangsa Terbuka Poland di Warsaw, Poland hari ini.

Pemain bukan pilihan itu membuat kejutan dengan menewaskan pilihan keempat Coelho Ygor dari Brazil 21-13, 20-22, 21-10 dalam final perseorangan lelaki, demikian menurut laman web Persekutuan Badminton Dunia (BWF) www.bwfbadminton.org.

Naib juara remaja wanita dunia 2015, Lee Ying Ying, bagaimanapun gagal meneruskan rentak kemenangan selepas tewas 21-13, 19-21, 10-21 di tangan pilihan ketiga, Yui Hashimoto dari Jepun di final perseorangan.

Cabaran wakil negara dalam acara perseorangan lelaki dan beregu campuran berakhir di pusingan awal kejohanan yang menawarkan hadiah wang US$20,000 (RM88,510).

Sementara itu, pemain perseorangan wanita negara, Tee Jing Yi gagal meraih gelaran dalam acara beregu wanita selepas tewas di final Cabaran Antarabangsa Vietnam di Stadium Cau Giay, Hanoi hari ini.

Jing Yi yang beralih ke acara beregu bulan lalu dengan digandingkan Joyce Choong Wai Chi, bagaimanapun memberi tentangan sengit kepada pilihan ketujuh Erina Honda-Nozomi Shimizu dari Jepun sebelum tewas 14-21, 21-19, 14-21 dalam pertarungan selama 52 minit.

Cabaran negara dalam acara perseorangan dan beregu lelaki serta beregu wanita berakhir lebih awal di kejohanan ini. – BERNAMA

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nkvD8V

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

r>r>

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.