Hi! Welcome Back and Stay Tune! Nak Tahu Saya Bisu Atau Tidak, Tunggu 7 April Nanti – Nazri Aziz - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Nak Tahu Saya Bisu Atau Tidak, Tunggu 7 April Nanti – Nazri Aziz

PADANG RENGAS: “Nak tahu saya bisu atau tidak, tunggulah 7 April nanti.”

Itu kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz ketika mengulas kenyataan berunsur sindiran daripada penasihat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PBBM), Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mohamed Nazri dalam pada itu menyangkal dakwaan Dr Mahathir yang mengatakan beliau tidak berbual dan hanya “diam seribu bahasa” di sepanjang pertemuan singkat mereka di Kuala Kangsar pada Sabtu.

“Di majlis makan cendol itu dia (Dr Mahathir) tak tanya apa-apa pun pada saya, jadi saya diamlah sebab itu majlis kendalian mereka. Bukannya saya membisu kerana takut atau sebagainya.

“Lagipun saya diberitahu bahawa tiada ucapan dan hanya santai sahaja. Jadi saya fahamlah ini majlis dia dan tak mahulah saya bercakap,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada majlis Perasmian Serentak Masyuarat Agung UMNO Cawangan Bahagian Padang Rengas di Dewan Millenium Lubok Merbau pada Ahad.

Jelasnya, dia mengharapkan wacana yang dijadual berlangsung 7 April ini tidak dibatalkan kerana menurutnya wacana seumpama itu di bawah kelolaan Karangkraf sudah 46 kali dijalankan.

“Tidak ada alasan sebenarnya untuk pihak polis tidak memberi izin untuk adakan wacana nanti. Apa pun, nak tahu saya bisu atau tidak, tunggulah 7 haribulan nanti,” katanya lagi.

Ahli Parlimen Padang Rengas itu turut menolak tuduhan Mahathir tentang kemampuannya dalam membangunkan kawasan Parlimen Padang Rengas.

“Saya akan membawa pembangunan mengikut keperluan dan mengambil kira latar belakang di Parlimen Padang Rengas.

“Itu kawasan pekan kecil takkanlah nak letak sampai 30 tingkat bangunan. Gilalah kalau macam itu, saya belum gila lagi… kalau saya gila mungkin saya buat,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Nazri berkata beliau dimaklumkan bahawa Naib Presiden PPBM Perak, Datuk Hamidah Osman berminat untuk bertanding di Parlimen Padang Rengas.

“Hamidah ada beritahu, Tun M pun sama jelaskan kepada saya yang dia (Hamidah) minat bertanding di sini. Saya kata tiada masalah. Lagi ramai lagi bagus, sebab ini demokrasi.

“Kalau sampai empat atau lima parti hendak menjatuhkan UMNO, sama sama kita lawanlah,” katanya.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2noSdyT

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

r>r>

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.