Badminton: Jing Yi, Joyce Choong Tumbang Di Final
TEE Jing Yi (kanan) dan pasangannya Joyce Choong. – Foto NSTP
KUALA LUMPUR: Bekas pemain perseorangan wanita negara, Tee Jing Yi gagal merangkul gelaran antarabangsa pertama dalam acara beregu apabila dia dan pasangannya, Joyce Choong tewas dalam aksi final Cabaran Antarabangsa Vietnam, hari ini.
Walaupun berjaya memberi tentangan sengit namun Jing Yi-Joyce yang kali pertama bergandingan terpaksa akur apabila tunduk di tangan pasangan Jepun, Erina Honda-Nozomi Shimizu 14-21, 21-19, 14-21.
Jing Yi berkata pihak lawan sentiasa memanfaatkan peluang yang dimiliki bagi melakukan serangan selain mengawal aksi di bahagian depan dengan baik.
“Ini menunjukkan kami perlu memperbaiki kelemahan ketika bertahan dan macam mana nak mengawal gelanggang dengan lebih baik. Apapun, kami sudah melakukan yang terbaik dan keputusan di sini cukup positif buat kami,” katanya.
Jing Yi-Joyce akan mengalihkan fokus mereka bagi menghadapi saingan Terbuka Malaysia yang berlangsung di Kuching, Sarawak bermula 4 hingga 9 April ini.
“Saya akan terus bergandingan dengan Joyce untuk Terbuka Malaysia. Kami akan beraksi di pusingan kelayakan dan harapan kami adalah layak ke undian utama,” kata Jing Yi yang pernah beraksi pada Olimpik London 2012 dan Olimpik Rio 2016 dalam acara perseorangan wanita.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nWyk3A✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
r>r>
Post a Comment