Hi! Welcome Back and Stay Tune! Roti Canai Di Transfer Road, Penang Di ‘blacklist’ Pelanggan Kerana Cekik Darah Dan Tipu Pelanggan? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Roti Canai Di Transfer Road, Penang Di ‘blacklist’ Pelanggan Kerana Cekik Darah Dan Tipu Pelanggan?

Selain Ipoh, Pulau Pinang merupakan destinasi menarik buat mereka yang gemarkan aktiviti ‘food hunting’ semasa berjalan-jalan.

Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook menerusi akaunnya telah meluahkan perasaan kecewa beliau mengenai Roti Canai Transfer Road dan mendakwa beliau ditipu oleh peniaga kedai terbabit beberapa kali.

Blacklist. Dah tak boleh pi Roti Canai Transfer Road. Kuat ketuk harga. Sekali dua kali boleh terima. Kerap kerap elok kita cari Roti Canai tempat lain laa.

Kalau hampa order Roti Canai + Daging seketui. Depa nanti bohh teruih 2 ketui daging. Kita pun makan la ingat depa boh 2 ketui tu sebab daging kecik. Tapi kita silap, depa boh 2 ketuii ikut suka hati depa walaupun kita minta seketui. Lepastu nanti kira harga 2 ketui.

Baru ni depa bawa mai game baru. Order macam biasa Roti Canai + Daging seketui. Depa letak daging 2 ketui dah memang kita tau dah. Kita okay lagi. Game kali ni depa nanti letak Roti Canai Telor walaupun kita minta Roti Canai Kosong.

Kita makan makan pastu tanya depa, nanti jawab ” Oh Roti Canai kosong kalau lambat siap, makan saja Roti Canai Telor “. Lambat ka dak ka, aku tunggu la. Ni dok buat pandai pandai bohh Roti Canai Telor. Bagiii baraaa! Aku taktau la orang luaq dok kena ketuk harga macam mana.

Kadang saja suruh depa kira dua kali. Dua dua nanti jadi harga lain. Kita bukan nak berkira tapi nak tengok sikap depa depa ni macam mana.

Lepasni dah boleh makan Roti Canai Argyll Road, Roti Canai Fairuz & Roti Canai Sg Ara area Ara Seafood. Terbaikkkkk!

Status yang dimuatnaik oleh Aizat Khalid telah mendapat pelbagai reaksi daripada teman-teman beliau yang rata-ratanya bersependapat dengan beliau mengenai isu ini.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2ojIurf

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

r>r>

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.