Hi! Welcome Back and Stay Tune! Batal sesi fotografi saat akhir - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Batal sesi fotografi saat akhir

Ini bukan kali pertama Cik Pang dengar sikap penyanyi rap popular, Waris yang tidak mesra dan sukar beri kerjasama dengan media.

Setiap kali ada yang mahu mendapatkan temu ramah atau panggil ke studio untuk sesi fotografi, ada sahaja alasan diberikan.

Kes terbaru apabila Waris melalui pengurusnya bersetuju untuk sesi fotografi bersama media, tiba-tiba sahaja batalkan atas alasan terpaksa terbang ke luar negara.

Kata teman media, sesi fotografi itu sudah dipersetujui beberapa minggu awal. Malah teman media sudah pun mendapatkan lokasi menarik, tajaan pakaian dan solekan untuk sesi itu.

Malangnya beberapa hari sebelum sesi itu, pengurus Waris memberitahu artisnya itu perlu terbang ke luar negara sebab ada penggambaran di sana.

Persoalannya, siapa yang jaga jadual artis? Bukankah pada awalnya pihak pengurus sendiri yang maklumkan si artis boleh hadir ke sesi fotografi?

Kalau sudah ada diisi dalam jadual, kenapa senang-senang ditolak ke tepi janji asal dengan pihak lain? Rasanya, jawapan itu ada pada pihak pengurusannya.

Pendapat Cik Pang, isu janji janganlah dibuat main-main. Mungkin ada yang anggap ringan tapi percayalah, janji ditepati atau tidak menunjukkan keperibadian seseorang.

Si artis pula janganlah ‘kekwat’ sangat sampai panggilan telefon atau WhatsApp daripada media langsung tidak dilayan.

Kalau sibuk, cakap saja sibuk. Kalau enggan komen, terus terang saja enggan komen. Lagipun, pihak media pun faham dan hanya jalankan tugas. Tidak luak pun kredit telefon kalau menjawab satu dua soalan media bukan?

The post Batal sesi fotografi saat akhir appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nnF3QX

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.