Nasi Lemak ‘Pondan’ Cari Pekerja, Tidak Perlu Lulus SPM Tetapi Wajib Pondan
Jika sebelum ini tular di media sosial mengenai Nasi Lemak Anak Dara yang mendapat sambutan ramai dan pelanggan sanggup beratur panjang untuk membelinya.
Kali ini, tular pula Nasi Lemak Pondan di media sosial. Pada mulanya ‘Nasi Lemak Pondan’ yang diusahakan Jojie Kamaruddin dikecam hebat oleh netizen. Tetapi, lama kelamaan semakin dikecam ‘Nasi Lemak Pondan’ itu semakin ia mendapat sambutan hebat dari orang ramai.
Malah, Jojie dedahkan dirinya kini sudah tidak menang tangan melayan pelanggan yang semakin hari semakin bertambah.
Berikutan itu, Jojie kini mendedahkan dalam proses mencari pekerja untuk membantunya menguruskan perniagaan nasi lemaknya itu.
Baca Juga :
- Pondan Perkosa Dua Wanita, Termasuk Yang Hamil
- Pertandingan Ratu Pondan Dunia, Dua Wakil Dari Malaysia
- Luahan Bekas Leader Perlaking Yang Teraniaya
Sudah terkenal sebagai ‘Nasi Lemak Pondan’ Jojie meletakkan syarat pemilihan pekerja adalah sebagai seorang pondan sama seperti dirinya juga.
“Seperti yang sedia maklum, nama kedai pun nasi lemak pondan. Jadi hairanlah kalau saya nak ambik perempuan atau lelaki kan. Jadi saya memerlukan orang yang menjaga kedai saya itu adalah pondan.
“Jadi bagi pondan-pondan di luar sana jangan risau dan bimbang jika anda tidak dapat pekerjaan, mungkin punca rezeki yang datang pada saya ini bolehlah dikongsikan,” kata Jojie.
Perniagaan yang dilakukan Jojie ini adalah salah satu niat untuk mencari rezeki yang halal kerana sering menjadi mangsa diskriminasi di tempat-tempat kerja. Perkara itu juga dilakukan untuk mengubah pandangan negatif masyarakat kepada pondan-pondan di Malaysia. Pejam Kelip
Sumber ; Mstar
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nIfNa3✍ Sumber Pautan : ☕ PEJAM KELIP
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment