Hi! Welcome Back and Stay Tune! Saingan 4 kumpulan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Saingan 4 kumpulan

Program realiti radio Hot FM Lawak Vaganza dan Kool FM Super Karoks kembali menghiburkan pendengar dengan barisan artis lebih mantap mulai 3 April ini.

Pada musim ini, Hot FM Lawak Vaganza masih mengekalkan Ajak, Ammar dan Issey sebagai pengurus kumpulan, manakala, Shuk dilantik selaku ketua kumpulan Joc bagi dua peserta baru iaitu Joey Daud serta Caca Dboss.

Secara keseluruhan terdapat empat kumpulan terdiri daripada tiga peserta dan ahli lain ialah Tauke, Man Pos (Rock) Ali, Mamak (MTD), Anas Ridzuan serta Chiwan Chilok (Cikanos).

Mereka akan bersaing untuk memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM30,000. Juara mingguan dengan jumlah undian tertinggi juga akan membawa pulang wang tunai RM5,000.

Bagi Super Karoks pula, pertandingan musim ini menyaksikan barisan penyanyi Vince Chong, Syura Badron, Dia Fadila, Bob Yusof, Adibah Noor, Rem, Zul 2by2, Gmie Screen dan Elly Mazlein.

Peserta dibahagikan kepada lima kumpulan dengan setiap dua anggota iaitu Apooo, Gitewlaa, Bedeboom, Wow dan RG Victory.

Setiap minggu, peserta diberikan lagu untuk dinyanyikan dan pemenang mingguan akan menerima wang tunai RM5,000. Juara keseluruhan Super Karoks akan membawa pulang wang tunai berjumlah RM30,000.

Pengurus Besar Kumpulan Rangkaian Radio Media Prima Anida Mohd Tahrim berkata, musim pertama Lawak Vaganza dan Super Karoks menerima sambutan luar biasa berikutan berjaya memberi impak segar dalam industri penyiaran radio tempatan.

“Lawak Vaganza dan Super Karoks masing-masing memperoleh lebih dua juta undian dan tujuh juta undian. Ia membuktikan program berkenaan diterima baik pendengar radio masa kini,” katanya.

Menurutnya, program kali ini mengetengahkan pengisian yang lebih mantap kepada pendengar setia.

“Setiap sketsa lawak dan karaoke bukan saja didengari menerusi radio tetapi turut dimuat naik dalam pelbagai platfom media sosial Hot FM dan Kool FM,” katanya.

Anida berkata, pada masa sama, Super Karoks memberi peluang kepada penyanyi untuk kembali aktif dalam industri seni tanah air. Pada tahun lalu, Lawak Vaganza dimenangi kumpulan JMT yang dianggotai Issey, Shuk dan Bell.

Manakala, Elyana dan Intan Sarafina dari kumpulan Hey Ladies menjuarai Super Karoks.

Sementara itu, Shuk berkata, kehadiran Joey dan Caca memberi potensi untuk mencari idea baru dan segar.

“Caca, walaupun dia tidak pernah menyertai Maharaja Lawak Mega, dia mempunyai banyak idea dan berbakat dalam lawak.

“Cuma tiada orang boleh mengetengahkan idea Caca dan Lawak Vaganza platform sesuai untuk dia menunjukkan bakatnya,” katanya.

The post Saingan 4 kumpulan appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nFzZcY

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.