Tentera Amerika Syarikat Menguji “Tangan Ketiga” Untuk Tentera Infantri
Di dalam filem sci-fi klasik Aliens, tentera Marin Angkaselepas dilihat memakai alat yang membolehkan mesingan dipakai pada tubuh. Sistem fiksyen ini menjadi realiti kerana ia sedang diuji oleh tentera Amerika Syarikat. Alat yang berfungsi sebagai tangan ketiga ini dibangunkan oleh Army Research Laboratory. Ia direka untuk digunakan tentera infantri dan boleh menyokong sebuah M-4 Carbine.
Sistem ini akan diuji untuk melihat keberkesanannya di dunia sebenar. Dengan pemakaian tangan ketiga ini, askar boleh merehatkan tangan tanpa perlu memegang raifal sepanjang masa. Seorang askar infantri boleh memotong wayar atau melihat sistem GPS dengan senjata masih pada kedudukan sedia untuk menembak musuh di hadapan.
Sistem fiksyen ini bukan satu-satunya sedang diuji tentera Amerika Syarikat. Mereka turut sedang menguji sistem laser penangkis serangan misil, mortar dan mampu memusnahkan posisi musuh bersenjata ringan. Pada waktu yang sama sebuah kerangka luaran MAXFAS pada tangan untuk memudahkan tentera menembak dengan lebih tepat turut sedang diuji.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2osKqxC✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment