Hi! Welcome Back and Stay Tune! Stor Hospital Segamat terbakar, semua pesakit selamat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Stor Hospital Segamat terbakar, semua pesakit selamat

JOHOR BAHRU, 28 Mac — Satu kebakaran kecil berlaku di stor simpanan cadar dalam sebuah wad di Hospital Segamat, petang tadi. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, Mohd Rizal Buang berkata laporan kejadian diterima pada 5.34 petang dan sebuah jentera dengan empat keanggotaan digegaskan ke lokasi.

“Kebakaran melibatkan 10 peratus stor simpanan cadar hospital dan terdapat kesan jelaga.

“Kebakaran dipadamkan oleh pihak keselamatan hospital dan semua pesakit telah dikeluarkan semasa bomba tiba,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Penerangan dan Pendidikan negeri Datuk Ayub Rahmat berkata kebakaran itu melibatkan Bilik Linen di Wad 3.

Beliau berkata keadaan kini adalah terkawal dan 45 pesakit yang berada di Wad 3 dan 16 lagi di Wad 4 telah dikeluarkan sebagai langkah keselamatan.

“Alhamdulillah tiada yang buruk berlaku,” katanya.

 

Sumber :
– http://ift.tt/1aoZXzE

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2od17NZ

✍ Sumber Pautan : ☕ MyNewsViral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.