Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lawak Vaganza, Super Karoks gegarkan Hot FM, Kool FM - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lawak Vaganza, Super Karoks gegarkan Hot FM, Kool FM

PROGRAM Hot FM Lawak Vaganza dan Kool FM Super Karoks kini kembali menemui pendengar kedua-dua stesen pilihan ramai ini dengan musim terbaru yang bakal bermula 3 April hingga 5 Mei depan.

Program Lawak Vaganza merupakan sebuah pengisian di mana pelawak masa kini dipimpin oleh seorang mentor terdiri daripada penyampai Hot FM sendiri menghasilkan sketsa mengikut tema ditetapkan setiap minggu.

Manakala Super Karoks pula menyaksikan penyertaan penyanyi otai dan bakal menggegarkan frekuensi Kool FM dengan kemantapan vokal mereka.

Juara mingguan musim ini dengan undian tertinggi akan membawa pulang RM5,000, manakala juara keseluruhan bakal menerima wang tunai RM30,000.

Untuk musim ini, Lawak Vaganza mengekalkan Ajak, Ammar dan Issey sebagai pengurus kumpulan, manakala Shuk pula bertindak sebagai pengurus baru bersama dua ahli kumpulan lain.

Antara pelawak lain yang terbabit ialah Tauke, Man Pos, Joey Daud, Caca Dboss, Ali, Mamak, Anas Ridzuan dan Chiwan Chilok.

Sementara Super Karoks pula bakal membariskan penyanyi seperti Vince, Adibah Noor, Dia Fadilla, Haida, Syura Badron, Bob Yusof, Elly Mazlein, Zul 2By2, Rem dan Gmie Screen.

Pengurus Besar Kumpulan, Rangkaian Radio Media Prima, Anida Mohd Tahrim berkata, kedua-dua program ini diteruskan dengan musim terbaru selepas mendapat sambutan menggalakkan pada musim pertama.

“Untuk musim terbaru ini, kami cuba menambah baik setiap aspek dalam menyajikan pengisian terbaik,” katanya.

Undian bakal dibuka setiap minggu dan undian boleh dilakukan melalui laman web rasmi Hot FM dan Kool FM.

The post Lawak Vaganza, Super Karoks gegarkan Hot FM, Kool FM appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mK3o6x

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.