Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bukan niat jadi selebriti - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bukan niat jadi selebriti

Tercetusnya Berita Arab di TV AlHijrah adalah bagi meraikan kedatangan Raja Arab Saudi Raja Salman Abdulaziz Al Saud bersama 600 delegasi rombongannya ke negara ini, Februari lalu.

Sepanjang minggu pertama, penerbitannya khusus melaporkan agenda harian rombongan diraja itu. Selepas rombongan diraja itu meneruskan kunjungan mereka ke Indonesia, Berita Arab terus bersiaran setiap hari pada jam 6.30 petang dan diulang siar pada jam 7 pagi.

Bagaimanapun, mulai 1 April ini, berita itu akan bersiaran pada jam 6 petang selama 30 minit, manakala berita utama kekal pada siaran asalnya pada jam 8 malam.

Kemunculan Berita Arab turut memperkenalkan pembaca beritanya yang segak dan wajahnya mirip orang Arab iaitu Syed Amir Syed Habib, 22.

Syed Amir mewarisi darah Arab Yaman di sebelah bapanya manakala ibunya berasal dari Indonesia. Syed Amir ketika ditemui berkata, dia tidak pernah menyangka akan bergelar selebiriti TV berkonsepkan Islamik itu.

Menurutnya, ia berlaku tanpa sengaja ketika menemani seorang rakan bertemu Ketua Pegawai Operasi TV AlHijrah Izelan Basar.

“Saya cuma temankan rakan saja. Ketika berbual dengan Izelan dia terus menyuarakan hasrat mengambil saya untuk membaca Berita Arab selepas mendapat tahu saya fasih berbahasa Arab.

“Bukan niat untuk menjadi selebriti kerana saya pemalu, tetapi hasrat Izelan itu tetap disambut dengan hati terbuka kerana bahasa Arab adalah bahasa al-Quran dan semakin menjadi bahasa yang penting di dunia,”katanya.

Syed Amir berkata, kemunculan pertamanya di TV AlHijrah ialah pada acara TV AlHijrah Screening 2017, Februari lalu.

“Itulah pertama kali saya mengacarakan acara yang begitu meriah dikendalikan dalam bahasa Inggeris dan Arab bersama seorang lagi pengacara stesen TV itu, Zoraya Vadillo,” katanya.

Bagaimanapun, Amir tidak boleh bersiaran setiap hari kerana dia masih terikat dengan tanggungjawabnya sebagai penuntut di Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) di Shah Alam dalam jurusan Kesusasteraan Arab.

Dilahirkan dalam keluarga yang begitu menitikberatkan pendidikan Islam, sebelum melanjutkan pengajian di MEDIU, Amir terlebih dulu mendalami ilmu agama di Pondok Modern Darussalam Gontor, Jawa Timur, Indonesia selama tiga tahun.

Sebagai pembaca berita, Amir diberi latihan membaca berita dan sebelum ke udara dia perlu faham isi kandungan yang akan disampaikannya.

“Saya mesti kelihatan selesa di TV dan semakin biasa dengan tugas baru ini,” katanya yang bersiaran tiga hingga empat kali seminggu.

The post Bukan niat jadi selebriti appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nYN2H2

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.