Hi! Welcome Back and Stay Tune! Syarikat Ini Tawar Kerja Bergaji RM44,000 Sebulan Untuk Travel Ke Lokasi-Lokasi Mewah Di Serata Dunia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Syarikat Ini Tawar Kerja Bergaji RM44,000 Sebulan Untuk Travel Ke Lokasi-Lokasi Mewah Di Serata Dunia

Third Home, sebuah syarikat kelab mewah di Tennessee, Amerika, kini sedang mencari calon untuk mengambil posisi yang disifatkan oleh syarikat tersebut sebagai ‘kerja paling menarik di dalam dunia’.

Syarikat yang digelar ‘Airbnb untuk jutawan’ itu memuat naik iklan pekerjaan itu pada minggu lepas yang menawarkan gaji sebanyak $10,000 (RM44,000) sebulan, tidak dicampur dengan elaun. Jangkamasa untuk kerja itu adalah selama tiga bulan.

Calon-calon yang diambil bekerja dikehendaki mengembara ke beberapa lokasi mewah di serata dunia dan menulis pengalaman mereka di blog.

Mereka akan mengembara dan ‘beristirehat’ di beberapa kawasan-kawasan percutian mewah – paling maksimum, 12. Third Home juga akan membayar bil penginapan untuk pasangan yang dibawa calon tersebut.

Third Home berkata, calon yang berjaya mestilah seorang yang boleh menikmati benda-benda mewah dalam masa yang sama seorang pengguna media sosial yang ‘hardcore’. Mereka dijangka akan menulis dan membuat video tentang pengembaraan mereka.

Tarikh akhir bagi pemohonan itu adalah pada 30 Mac dan pengembaraan dijangka bermula pada Ogos hingga November.

Untuk memohon, calon diperlukan untuk merekod vido satu minit menjelaskan mengapa mereka individu terbaik untuk pekerjaan itu.

Sumber: BI

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nIC33F

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.