Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dr M: Saya ingatkan Nazri nak beritahu dia letak jawatan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dr M: Saya ingatkan Nazri nak beritahu dia letak jawatan

KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berdiam diri ketika ditemui Datuk Seri Nazri Aziz pada Sabtu kerana menunggu menteri Umno itu memberitahu dia meletakkan jawatan. “Saya ingatkan dia mahu tanya soalan dan nak beritahu dia letak jawatan,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat bersama pimpinan Pakatan Harapan di Parlimen.

Dipercayai Dr Mahathir merujuk kepada twit Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali pada Februari, mengenai khabar angin seorang menteri kanan akan meletak jawatan kerana isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Muatnaik tersebut mencetuskan gempar dalam kalangan media, yang berusaha membongkar identiti menteri itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membalas twit tersebut, melalui Twitter dan Facebook, mengatakan beliau tidak dimaklumkan mengenainya dan Azmin berbohong kecuali jika menamakan menteri itu.

Azmin tidak berganjak, dan berkata beliau dimaklumkan sendiri oleh menteri itu.

Sementara itu, Nazri, yang juga menteri pelancongan dan kebudayaan berkata beliau mendiamkan diri sesama bersebelahan dengan Dr Mahathir kerana menghormati bekas perdana menteri itu.

Nazri berkata aturan semasa Dr Mahathir jadi perdana menteri adalah “anda tidak bercakap dengannya kecuali beliau bercakap dengan anda terlebih dahulu”.

Dua ahli politik ini ditemui di gerai di Kuala Kangsar, menikmati cendol dan laksa.

Nazri berkata seorang pembantu Dr Mahathir cuba menghalang mereka dari bertemu sebaik beliau tiba.

Dr Mahathir, ketika ditanya sama ada beliau teruja mengenai debat terbuka mengenai kontroversi 1MDB dan Bumiputra Malaysia Finance serta RM2.6 bilion kepada perdana menteri, berkata: “Sudah tentu saya amat teruja.”

Beliau menambah dirinya sudah lama bersiap sedia untuk debat itu.

Nazri, yang juga ahli Parlimen Padang Rengas, berkata debat seperti itu saluran terbaik untuk menyuarakan pandangan.

Debat dijadualkan diadakan di dewan Maktab Rendah Sains Mara di Kuala Kangsar pada Sabtu, tetapi dibatalkan selepas polis menolak permohonan penganjuran debat, kerana ia diadakan dalam kawasan sekolah.

Debat akan diadakan pada 7 April di Kompleks Karangkraf di Seksyen 15, Shah Alam.

 

Sumber :
– http://ift.tt/IrnvO1

The post Dr M: Saya ingatkan Nazri nak beritahu dia letak jawatan appeared first on MyNewsViral.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2oaPA1R

✍ Sumber Pautan : ☕ MyNewsViral


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.