Hi! Welcome Back and Stay Tune! 'Jambu' Tak Gentar Tok Gajah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

'Jambu' Tak Gentar Tok Gajah

JOHOR BAHRU 23 SEPTEMBER 2016. GAMBAR fail, pemain JDT II, Mohd Afiq Fazail (tengah) diasak pemain Kuala Lumpur, Loenardo Moreira De Carvalho (kanan) pada saingan Liga Perdana, di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Johor Bahru pada 23 September tahun lalu. – Foto NSTP/Mohd Azren Jamaludin

JOHOR BAHRU: Kelibat pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Mohd Afiq Fazail bakal menjadi taruhan terbaik di posisi tengah apabila menentang Pahang pada aksi suku akhir pertama Piala FA di Stadium Darul Makmur, Sabtu ini.

Dia yang baru pulih daripada kecederaan tampak sudah bersedia untuk diturunkan tatkala mahu memastikan skuad Harimau Selatan mencatat keputusan positif beraksi di tempat lawan.

Namun pemain muda JDT itu mengakui pasukan itu bakal berdepan saingan sengit skuad Tok Gajah yang turut mengintai peluang memburu kemenangan dengan kelebihan beraksi di laman sendiri.

“Perlawanan pasti sengit kerana kami juga mahukan kemenangan dan saya percaya segala perancangan yang dibentuk jurulatih (Benjamin Mora) sepanjang tempoh rehat akan berjaya.

“Walaupun kami pernah tewaskan Pahang 3-2 (Liga Super), tetapi itu cerita lama dan harus fokus pada aksi Piala FA kerana ia perlawanan timbal balik. Kemenangan amat ditagih bagi mencari bekalan selesa.

“Kombinasi saya bersama kapten (Safiq Rahim) dan Nazmi (Faiz Mansor) semakin serasi malah mereka tidak lokek untuk memberi nasihat bagi meningkatkan kualiti permainan saya,” katanya.

Mohd Afiq yang sinonim dengan panggilan `Jambu’ di kalangan rakan sepasukan turut berterima kasih kepada abangnya, Mohd Irfan yang banyak membantu meningkatkan keyakinan ketika beraksi dalam setiap perlawanan.

“Kita akan turun habis-habisan tetapi perlu berwaspada dengan ancaman pemain Pahang malah tugas saya begitu mencabar apabila perlu menyekat gerakan posisi tengah pasukan lawan nanti,” kata Mohd Afiq.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2od5LMh

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.