Hi! Welcome Back and Stay Tune! RUU Kanak-kanak : Maksimun 30 tahun penjara jika terlibat bahan lucah kanak-kanak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

RUU Kanak-kanak : Maksimun 30 tahun penjara jika terlibat bahan lucah kanak-kanak

KUALA LUMPUR: Rang undang-undang (RUU) Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 hari ini dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, yang antara lain akan menangani isu bahan lucah melibatkan kanak-kanak.

Ia dibacakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman.

RUU itu melibatkan beberapa bahagian yang antaranya kesalahan berhubungan dengan pornografi kanak-kanak, hias diri kanak-kanak dan serangan seksual.

Akta tersebut terpakai bagi kanak-kanak di bawah usia 18 tahun.

Akta itu juga bakal membenarkan rakyat Malaysia yang melakukan kesalahan di luar negara diuruskan seolah-olah ia dilakukan di dalam negara.

Bagi kesalahan melibatkan pornografi kanak-kanak, mereka yang disabitkan kesalahan membuat, menghasilkan, mengarahkan atau menghasilan pornografi kanak-kanak boleh dihukum maksima 30 tahun dengan minima 6 sebatan.

Malah, mereka yang bertukar-tukar, menerbitkan, mengiklankan, menjual, menghantar, menerima keuntungan dengan apa-apa bahan melibatkan pornografi kanak-kanak boleh dihukum penjara maksima 15 tahun dan hukuman sebatan minima 3 sebatan.

Bukan itu sahaja, individu mengakses atau mempunyai apa-apa bahan melibatkan pornografi kanak-kanak boleh dipenjara maksima 5 tahun atau denda maksima RM10,000 atau kedua-duanya.

Sementara itu, bagi kesalahan melibatkan komunikasi secara seksual dengan kanak-kanak atas niat untuk melakukan kesalahan apabila dijatuhkan hukuman boleh dipenjara maksima 5 tahun dan dihukuman dengan hukuman sebat.

Bagaimanapun, RUU itu tidak menganggap ia satu kesalahan jika komunikasi itu bagi maksud pendidikan, sains atau perubatan.

Seseorang boleh dipenjara sehingga 20 tahun atau dihukum sebat sekiranya terlibat dalam perbuatan seperti menyentuh mana-mana bahagian badan kanak-kanak, membuatkan kanak-kanak menyentuh mana-mana bahagian orang lain atau membuatkan kanak-kanak menyentuh mana-mana bahagian badan kanak-kanak itu sendiri.

RUU itu membenarkan mahkamah mengambil keterangan tanpa sokongan seseorang kanak-kanak, jika mangsa adalah kanak-kanak.

Bagaimanapun, sebelum membenarkan keterangan tanpa sokongan, kanak-kanak itu haruslah ditentukan kecerdasan dan memahami kewajipan untuk bercakap benar.

RUU itu juga tidak mengecualikan hukuman sebat ke atas lelaki yang berumur lebih daripada 50 tahun.

 

Sumber :
– http://ift.tt/IrnvO1

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2o2p9hq

✍ Sumber Pautan : ☕ MyNewsViral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.