Hi! Welcome Back and Stay Tune! Robot Akan Mengambil Alih 38% Pekerjaan Di Amerika Syarikat Menjelang 2030 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Robot Akan Mengambil Alih 38% Pekerjaan Di Amerika Syarikat Menjelang 2030

Antara manifesto pilihanraya yang dijanjikan Donald Trump tahun lalu ialah mengembalikan kerja kepada rakyat Amerika Syarikat. Kerja-kerja kolar biru semakin berkurangan di Amerika Syarikat kerana persaingan dengan negara luar yang menawarkan kos buruh lebih rendah. Trump bercadang mengenakan cukai yang tinggi ke atas produk yang tidak diimport dan memberikan pengecualian cukai ke atas syarikat yang menghasilkannya di dalam negara.

Ini diharap dapat mewujudkan kembali ratusan ribu kerja kepada golongan kolar biru yang terasa diri mereka dipinggirkan. Tetapi janji Trump ini mungkin hanya tinggal janji dalam masa terdekat. Laporan dari PricewaterhouseCoopers meramalkan 38% pekerjaan di Amerika Syarikat akan diambil alih oleh robot menjelang 2030. Amerika Syarikat ialah negara dengan peratusan tertinggi diikuti oleh Jerman (35%), United Kingdom (30%) dan Jepun (21%).

Penggunaan robot dijangka semakin meningkat kerana ia mengurangkan kos, meningkatkan produktiviti dan lebih boleh diandalkan berbanding tenaga kerja manusia. Amerika di tangga teratas kerana paling lewat melakukan proses automasi di tempat kerja berbanding Jepun yang telah melakukannya sejak 1980an.

Peratusan pekerjaan yang paling terancam ialah pengangkutan serta storan (56%), pengilangan (46%), jual beli (44%) dan akhir sekali kesihatan serta pekerja sosial (17%). Kita sudah mula melihat pemanduan automatik digunakan pada teksi dan lori. Kedai fizikal digantikan dengan kedai atas talian. Di Jepun pula penganalisa insurans kesihatan digantikan dengan kecerdasan buatan.

Realiti dunia masa hadapan ialah manusia tidak lagi diperlukan untuk tugas-tugas remeh. Pendidikan kini semakin penting bagi generasi seterusnya kerana kerja kilang dan menjadi pemandu lori yang menjadi “sandaran” kerana tidak berpendidikan tinggi menghadapi kepupusan.

Ini mungkin antara sebab mengapa kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Dato Seri Najib Razak menekankan kepentingan e-ekonomi. Kerajaan memandang kehadapan dan dengan wujudnya Digital Free-Trade Zone, rakyat Malaysia akan bersedia menghadapi masa hadapan yang lebih mencabar.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2ncC90i

✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.