Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Tiada Perancangan Tamatkan Zaman Solo” – Emma Maembong - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Tiada Perancangan Tamatkan Zaman Solo” – Emma Maembong

Aktres Emma Maembong memberitahu dia belum mempunyai apa-apa perancangan untuk menamatkan zaman solonya dengan pelakon Kamal Adli.

Emma, 25, berkata, aktor tersebut juga tidak pernah membuka mulut untuk berbincang tentang hasrat mengakhiri hubungan istimewa itu dengan ikatan perkahwinan.

“Sebenarnya susah untuk saya berkongsi tentang perkahwinan.

Dia mahu saya fokus kepada kerjaya dahulu,” ujarnya.

Pemilik nama sebenar Fatimah Rohani Ismail ini berkata, apa-apa pun yang akan terjadi dalam hubungannya pada masa akan datang adalah ketentuhan Allah.

“Sejak saya masuk dalam industri setiap tahun akan cerita saya hendak kahwin tapi sampai sekarang tidak kahwin-kahwin juga.

“Orang pun mungkin muak untuk dengar, saya sedar mungkin kerana saya terlalu terbuka untuk berkongsi kisah cinta sehingga membuatkan orang mahu kami berkahwin.

Tapi jodoh bukan di tangan kita entah-entah saya berkawan sahaja dengan Kamal tapi kahwin dengan orang lain pula nanti.

“Ibu bapa saya sendiri sudah ada 11 orang anak pun berpisah kerana sudah tiada jodoh, kami sebagai anak terima ketentuan itu dan tidak mencari salah siapa,” ujarnya.

Dalam pada itu, ditanya tentang status hubungan tersebut secara terperinci, Emma berkata, Kamal merupakan seorang kawan lelaki paling rapat dengannya.

“Dia bukan lelaki istimewa dalam hidup saya kerana lelaki istimewa adalah bapa saya. Jika dia menjadi suami saya barulah boleh dipanggil lelaki istimewa.

“Buat masa ini dia adalah kawan lelaki yang paling rapat dengan saya,” ujarnya

The post “Tiada Perancangan Tamatkan Zaman Solo” – Emma Maembong appeared first on Berita Viral.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2naro10

✍ Sumber : ☕ Berita Viral


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.