Hi! Welcome Back and Stay Tune! Arwah bapa sumber inspirasi utama kejayaan Siti Rahmah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Arwah bapa sumber inspirasi utama kejayaan Siti Rahmah

KUALA LUMPUR: Olahragawati Kebangsaan 2016, Siti Rahmah Mohamed Nasir menyifatkan sokongan tidak berbelah bahagi daripada keluarganya adalah kunci utama kepada kejayaan beliau pada hari ini.

Srikandi silat negara berusia 30 tahun itu berkata, dorongan serta semangat yang diberikan terutama daripada arwah bapanya, Allahyarham Mohamed Nasir Jalil, bekas pemain bola sepak kebangsaan Singapura yang pernah mencipta nama bersama pasukan Terengganu, menyemarakkan semangatnya untuk terus melakar kejayaan demi kejayaan.

"Arwah bapa adalah antara sumber inspirasi utama dalam kejayaan saya hari ini dan hanya saya seorang sahaja daripada enam beradik yang mengikut jejaknya aktif dalam bidang sukan. Semangat yang sering beliau berikan membantu saya untuk terus berlatih dan tidak berputus asa.

"Saya masih ingat ketika saya perlu hadir menjalani latihan di MSN ( Majlis Sukan Negara), Bukit Jalil dan pada waktu itu dia (bapa) sedang sakit, dia tetap suruh saya pergi berlatih," katanya kepada Bernama selepas tamat majlis Anugerah Sukan Negara 2016, semalam.

Allahyarham Mohamed Nasir yang juga lulusan Universiti Muhammad bin Saud di Riyadh, Arab Saudi, sememangnya dikenali dengan kerajinannya di padang sehingga menerima jolokan 'Kuda Liar'. Beliau menghembuskan nafas terakhirnya pada 8 Jun 2011 akibat barah otak.

Peminat bola sepak Pulau Pinang khususnya pasti tidak melupakan bagaimana Allahyarham Mohamed Nasir 'meragut' gelaran Piala Malaysia yang sudah hampir pasti menjadi milik mereka pada final 1977.

Allahyarham yang dimasukkan 15 minit sebelum perlawanan tamat berjaya menghasilkan gol bagi menyamakan kedudukan 2-2 sebelum Singapura muncul juara hasil hasil tandukan Quah Kim Song pada waktu tambahan.

Beliau turut berada dalam pasukan Singapura yang muncul juara Piala Malaysia pada 1980 selepas menundukkan Selangor 2-1.

Allahyarham kemudian mewakili Terengganu pada 1982 dan dipanggil ''ustaz'' oleh penyokong negeri itu dan kekal di sana selepas menggantung butnya sebelum mendapat kerakyatan pada 1988.

Pada majlis anugerah berkenaan, Siti Rahmah mengenepikan lima calon lain iaitu ratu terjun negara, Pandelela Rinong Pamg, Siti Zalina Ahmad (boling padang), Sin Lin Jane (tenpin boling), Tan Li Lian (bina badan) dan Aaliyah Yoong (ski air).

Anak jati Kuala Terengganu yang merangkul kejuaraan hatrik dalam kategori Puteri Kelas E Kejuaraan Silat Dunia pada tahun 2012, 2015 dan 2016, bagaimanapun tidak menyangka dirinya akan dipilih sebagai pemenang.

Namun, menyifatkan ia sebagai pembakar semangat dalam memburu lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.

"Saya berasa sangat terharu dan berbangga di atas anugerah ini. Saya tidak sangka akan menerimanya kerana saya dicalonkan bersama barisan atlet yang tidak kurang hebatnya.

"Kejayaan bermakna ini sudah semestinya akan menjadi pembakar semangat untuk terus berlatih dan lebih fokus untuk mencapai sasaran mempertahankan pingat emas pada temasya Sukan SEA di hadapan penyokong sendiri," katanya.

Sementara itu, Olahragawan Kebangsaan 2016, Abdul Latif Romly yang mencipta sejarah menjadi atlet paralimpik pertama menerima anugerah berkenaan berharap kejayaan beliau itu dapat menjadi inspirasi buat semua atlet kelainan upaya untuk melakar kejayaan.

"Saya berharap anugerah ini bukan sahaja dapat memberikan semangat kepada saya, malah kepada semua atlet paralimpik yang lain untuk terus berazam mencipta kejayaan," kata atlet berusia 20 tahun kelahiran Perlis itu.

-- BERNAMA



Untuk meneruskan bacaan klik link ini atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pBWr8u

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakap Keli News


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.