Hi! Welcome Back and Stay Tune! Konsep doktor keluarga di klinik kesihatan lebih berkesan - Dr Subramaniam - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Konsep doktor keluarga di klinik kesihatan lebih berkesan - Dr Subramaniam

LENGGONG: Kementerian Kesihatan akan berusaha untuk menerapkan konsep doktor keluarga di Klinik Kesihatan bagi membolehkan rakyat mendapat rawatan berterusan.

Menterinya Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata konsep doktor keluarga dilihat sangat berkesan berbanding mendapat rawatan daripada seorang doktor kepada doktor yang lain.

"Melalui khidmat doktor keluarga, nasihat, runding cara, rawatan awal dan tindak susulan secara sistematik dapat diberikan kepada pelanggan, sekali gus membantu pelanggan mengekalkan kesihatan yang optima sepanjang masa.

"Jika rakyat lebih sihat, ini dapat mengurangkan kemungkinan daripada mereka memerlukan rawatan sekunder di hospital," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Klinik Kesihatan Lenggong hari ini oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah.

Turut berangkat Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim.

Dr Subramaniam berkata seiring dengan perkembangan dunia perubatan, kerajaan telah menyediakan banyak kemudahan bagi memberikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik dan bertaraf antarabangsa kepada rakyat.

Katanya bagi Perak sendiri, sehingga kini terdapat 15 hospital sedang beroperasi dengan lima daripadanya adalah hospital berpakar, 82 klinik kesihatan; 70 klinik pergigian; 11 klinik kesihatan ibu dan anak; 233 klinik desa serta 25 klinik 1Malaysia.

"Perak amat bertuah sebagai negeri kedua terbesar di Semenanjung Malaysia dengan populasi penduduk yang besar serta lengkap dari segi infrastruktur dan prasarana termasuklah bidang kesihatan," katanya.

Mengeni Klinik Kesihatan Lenggong, Dr Subramaniam berkata ia mempunyai seramai 122 petugas termasuk seorang pakar perubatan keluarga, tujuh pegawai perubatan selain anggota paramedik dan sokongan.

Katanya sejak klinik itu beroperasi pada 3 Feb 2014, kedatangan bulanan di perkhidmatan kecemasan selepas waktu pejabat adalah 650 orang sebulan, manakala purata kedatangan harian meningkat sebanyak 48 peratus.

"Pertambahan kedatangan pesakit merupakan sesuatu yang positif kerana ia menunjukkan perkhidmatan kesihatan yang lengkap dan pelbagai dalam satu klinik seterusnya memastikan kesejahteraan kesihatan rakyat di Lenggong," katanya.

-- BERNAMA



Untuk meneruskan bacaan klik link ini atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pkT4Qv

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakap Keli News


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.