Esma akur ketentuan jodohnya
Pelakon Esma Daniel mengakui sudah bercerai dengan isterinya, Nitra Sari Omar sejak November tahun lalu.
Esma, 48, ketika dihubungi berkata, dia perlu mengambil masa agak lama untuk membuat pengakuan berikutan perlu mengumpul semula semangat dan kekuatan.
“Ini adalah kali kedua saya gagal dalam perkahwinan dan pastinya ia satu perkara sukar untuk saya terima. Namun, saya perlu akur apabila kami sudah tiada jodoh untuk bersama.
“Bekas isteri kini menetap di Johor Bahru bersama enam anak kami. Saya tak nafikan, jarak yang jauh dan sibuk dengan pekerjaan antara punca perpisahan ini,” katanya.
Esma berkata, sekarang adalah masa yang sesuai untuk dia mendedahkan statusnya kerana jika terus mendiamkan diri, dia bimbang ia boleh mencetuskan masalah di kemudian hari.
“Jika diikutkan saya tidak mahu bercakap mengenai perkara ini, tetapi saya perlu akur bahawa saya adalah golongan artis yang juga milik masyarakat. Jika saya terus berdiam diri, lama kelamaan mereka akan bertanya juga dan saya pula bukanlah seseorang yang suka berkongsi semua perkara di laman sosial,” katanya.
Esma berkata, mereka berpisah secara baik memandangkan anak-anak masih kecil dan memerlukan perhatian.
“Demi anak-anak, kami harus berbaik dan saya perlu terus bekerja untuk membesarkan mereka,” katanya.
Esma dan Nitra Sari berkahwin pada 2002 dan dikurniakan enam anak yang kini berusia setahun hingga 10 tahun.
Ia adalah perkahwinan keduanya selepas bercerai dengan pelakon, Sherie Merlis.
Hasil perkongsian hidup dengan Sherie, mereka dikurniakan dua anak.
The post Esma akur ketentuan jodohnya appeared first on Berita Viral.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2oOJpAp
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment