20 polis Afghanistan maut diserang Taliban
KANDAHAR: Sekurang-kurangnya 20 polis Afghanistan terbunuh awal hari ini, apabila pejuang Taliban menyerbu pelbagai pos keselamatan di wilayah bergolak selatan Zabul, kata pihak berkuasa ketika militan meningkatkan serangan musim bunga.
Pihak berkuasa tempatan membuat panggilan kecemasan kepada stesen televisyen Afghanistan untuk mendapatkan perhatian oleh kerana gagal mendapatkan bantuan di peringkat atasan.
Serangan terancang itu menyerlahkan satu lagi tamparan hebat terhadap pasukan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) disokong tentera Afghanistan.
Ia berlaku hanya sebulan selepas Taliban membunuh sekurang-kurangnya 135 anggota keselamatan di wilayah utara Balkh, serangan terburuk militan ke atas pangkalan tentera Afghanistan. AFP
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rFuJ7G
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment