38 individu disyaki bawah pengaruh dadah ditahan
Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Abdul Wahib Musa berkata kesemua mereka yang berusia antara 19 dan 32 itu ditahan pada pukul 7 pagi ketika sedang berpesta ''lalok'' iaitu menari dan berhibur dengan iringan muzik yang kuat di sebuah bilik pusat peranginan berkenaan.
"Serbuan itu menahan 27 lelaki dan 11 wanita dengan seorang daripadanya merupakan penganjur pesta terbabit."Selain itu, polis merampas sejumlah alat muzik dan pesta dipercayai sudah berlarutan sejak Januari lalu tetapi lokasinya sentiasa berubah," kata beliau dalam kenyataan di sini, hari ini.
Penahanan itu dibuat mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
--BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qKMB1T
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment