Hi! Welcome Back and Stay Tune! ANWAR SUDAH JANGKA KEPUTUSAN DIBUAT PAS - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

ANWAR SUDAH JANGKA KEPUTUSAN DIBUAT PAS

SHAH ALAM – Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa keputusan Pas untuk memutuslan tahaluf siyasi atau kerjasama dengan PKR sememangnya sudah diduga.

Menurut beliau, ini adalah kerana pendirian parti Islam itu sejak beberapa tahun kebelakangan ini dilihat lebih mesra dengan Umno.

“Pas dilihat tidak lagi membangkang belanjawan yang memperkenal cukai barangan dan perkhidmatan (GST), kenaikkan harga minyak, gula malah turut tidak menyertai perhimpunan Bersih 5,” katanya menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

Anwar berkata demikian bagi menyampaikan amanat kepada perwakilan yang menghadiri Kongres Nasional Tahunan PKR ke-12 yang diadakan di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam semalam.
Dalam pada itu, beliau memaklumkan bahawa PKR sememangnya merasa kecewa dengan kenyataan yang menyelar pendirian parti ini serta turut mengelirukan rakyat khususnya berkaitan RUU355.

Menurut Anwar, Pas melakukan serangan kononnya parti ini menentang RUU355 dan media Ummo-BN juga turut mengecam Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kerana kenyataan beliau yang menyokong hudud.

“Presiden telah menjelaskan dan saya ingin menegaskan dalam perkara RUU355, PKR menghormati hak Pas membentang, tetapi harus dibahaskan dan dirujuk ke Jawatankuasa Pilihan Parlimen.

“Mengenai hudud, yang tertera di dalam al-Quran harus diakui oleh semua Muslim,” katanya.

Bagaimanapun, Anwar berkata PKR tetap menghargai keprihatinan dan muafakat selama hampir dua dekad terjalin khususnya kepada allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, allahyarham Datuk Fadzil Noor dan allahyarham Yusuf Rawa.

Ujarnya, tumpuan PKR pada masa kini adalah untuk menerima kenyataan berhubung perkembangan terkini itu dan terus mengangkat keupayaan jemaah.

“Keputusan Pas ini adalah mengejutkan serta menghampakan banyak pihak.

“Namun PKR tidak perlu terus berhempas pulas dengan isu tersebut,” katanya.

– SH

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qDABAG

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.