Dr Mahathir Mahu Anwar Dibebaskan
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menandatangani petisyen untuk membebaskan ‘musuh’nya satu ketika dahulu Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dr Mahathir, yang menjadi perdana menteri selama 22 tahun, berbuat demikian ketika hadir pada Kongres Nasional Tahunan Parti Keadilan Nasional (PKR) ke-12 di sini, hari ini bersama isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.
Ketika diminta mengulas, Dr Mahathir mengakui beliau mahu Anwar, yang menjadi timbalan perdana menteri sewaktu zaman pemerintahannya, dibebaskan.
“Ya saya menggesa supaya beliau dibebaskan… bukan saya yang menyebabkan beliau dipenjarakan, itu cerita lama…” katanya kepada pemberita.
Kongres yang dianggap perwakilan PKR sebagai yang terakhir sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 turut meletakkan pelantikan Anwar sebagai perdana menteri ke-7 sebagai agenda utama.
Turut hadir Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang.- Bernama
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2q6dGLE
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment