Helah suspek mengadu tak sihat, larikan diri pandu kereta polis dengan tangan masih bergari ketika polis beli ubat di farmasi
Seorang suspek yang masih digari terlepas apabila dia melarikan diri dengan memandu kenderaan polis di Subang Jaya pada Jumaat malam.
Dua anggota polis sedang menghantar suspek yang terlibat dalam kes penipuan dari Kelantan ketika mereka berhenti di sebuah farmasi di Taipan kerana suspek mengadu tidak sihat.
Seorang daripada polis itu masuk ke farmasi tersebut untuk membeli ubat dan seorang lagi polis keluar ke but kereta untuk mendapatkan sesuatu.
Suspek kemudiannya melompat ke tempat duduk pemandu dan melarikan kenderaan polis tersebut.
Kenderaan polis itu dijumpai semula selepas ditinggalkan kira-kira 3 kilometer (km) dari lokasi kejadian.
Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Fuad Abdul Latiff (gambar) berkata, dua polis itu ingin menghantar suspek ke Ibu Pejabat Polis Subang yang terletak kira-kira 2km dari Taipan.
Katanya, suspek tidak sihat dan mula muntah-muntah.
“Semuanya berlaku dengan pantas. Prosedur operasi standard amat jelas dan tiada alasan bagi mereka untuk tidak mematuhi peraturan.
“Mereka boleh didakwa di bawah Seksyen 223 Kanun Keseksaan kerana kecuaian sehingga menyebabkan suspek melarikan diri,” katanya selepas menghadiri upacara graduasi kadet inspektor di Pusat Latihan Polis di sini pada Sabtu.
Sumber: Mstar
Sumber Helah suspek mengadu tak sihat, larikan diri pandu kereta polis dengan tangan masih bergari ketika polis beli ubat di farmasi
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2roPnwr
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment